in

“Kalau gitu baik takyah tunggu sale” – Suami Cuba Bunuh Diri Bila Tengok Isteri Shopping 11.11 Sampai RM170K

Bunuhdiri2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

11.11 semalam mesti korang shoppig kaw-kaw kan? Paling tak pun korang mesti akan beli satu dua barang.


Ya lah, macam durian runtuh, dekat aplikasi perbankan, atau sesiapa yang pakai kad kredit, pasti akan tergoda dengan cashback yang mereka tawarkan, apatah lagi dengan voucher-voucher penghantaran percuma daripada aplikasi tu.

Promosi ni bukannya dekat Malaysia je tau, hampir seluruh dunia. Tapi, berpada-padalah kalau ada sale pun, janganlah sampai overspent daripada bajet asal macam kes ni.

 

Bukan kali pertama boros

Man Wants To Kill Himself After Wife Spends Over Rm170K Online Shopping During 11 11 Sale World Of Buzz 2
Sumber : gucheng

Mungkin disebabkan nak self reward sampai beli segala barang yang ada promo, tapi kalau overspent sangat, baik tak yah tunggu hari promosi. Belanja sampai lebih daripada kadar bajet macam wanita dari China yang dikenali sebagai Zhan ni.

Dia bershopping sakan sampai suaminya Wang stress. Bukan calang-calang stress, kalau kena kat admin pun sama!

Lapor World Of Buzz, pihak polis ada menerima laporan daripada seseorang yang cuba nak terjun dari bangunan 33 tingkat.

Ketika polis sampai di tempat kejadian Wang dilihat sangat emotional sebab terkilan dengan sikap isterinya. Nak tahu sebab apa?

Isterinya pergi shopping barang sampai lebih 300,000 yuan (RM177,559)! Dia beli beg tangan, perfume mahal, baju dan banyak lagi lah secara online.

 

Tahun lepas RM 118 k

Man Wants To Kill Himself After Wife Spends Over Rm170K Online Shopping During Singles Day World Of Buzz
Sumber : ifeng

Tapi apa yang membuatkan Wang hampa adalah, ini bukan kali pertama dia buat perkara sedemikian, isterinya selalu online shopping barang.

Lebih-lebih lagi lepas mereka dah menimang cahaya mata pertama tahun lepas, boros makin menjadi-jadi.

Di China 11.11 juga dikenali sebagai Single Day, tahun lepas pun isterinya belanja sampai 200,000 yuan (RM118,374), lepastu orang yang kena bayarnya adalah Wang. Ini kerana isterinya pernah janji dengan nak control sikap boros tapi gagal.

Makin boros adalah.

Ia merupakan satu bebanan buat Wang sebab gaji sebulan Wang cuma beberapa ribu sahaja, dan nafkah keluarga bergantung dekat dia sorang je.

 

Tak jadi bunuh diri lepas polis pujuk

Man Wants To Kill Himself After Wife Spends Over Rm170K Online Shopping During 11 11 Sale World Of Buzz
Sumber : ifeng

Isterinya pula dulu kerja di bahagian hartanah tapi dah resign lepas bersalinkan anak. Masa dia dapat tahu yang isterinya shopping teruk, dia buat keputusan untuk bunuh diri sebab tak tahu nak bayar macam mana.

Bagaimanapun, mujur polis selamat pujuk Wang untuk tidak melakukan tindakan sedemikian, polis ambil masa setengah jam untuk pujuk dia.

Polis bawa dia balik kepada keluarganya, isterinya janji untuk tidak online shopping lagi. Pasal bayaran tu, Wang akan cuba untuk ikhtiar macam mana. Alahai, kalau admin pun pening.

 

Baca :  “Ayam pun nak shopping” – Kedai Huru- Hara Sebab Ayam Tersesat Masuk Mall

Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.