in

“Ke kanan pusing!” – [Video] Netizen Terhibur Tengok Pelajar Kawad Kaki ‘Online’ Dalam Bilik

Bb 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam keadaan norma baharu ini, banyak institusi pendidikan yang mengambil pendekatan untuk adakan pengajian secara dalam talian. Korang pun mesti ramai yang study online kan?


Tapi pernah tak korang terfikir macam mana pula dengan kelas kokurikulum? Ye lah takkan nak bersukan pun online.

Ya! Mungkin dengar macam janggal tapi itulah yang terjadi apabila tular video dua orang pelajar sedang berkawad kaki di dalam bilik.

Video lucu tersebut telah dikongsikan oleh @_meayour di Twitter miliknya.

Dalam video tersebut, dua orang pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seri Iskandar, Perak sedang berdiri tegak menghadap laptop untuk latihan kawad kaki dan kejadian itu juga telah dirakam oleh rakannya tanpa pengetahuan mereka.

B1 14

 

Kemudian, menerusi sesi kelas dalam talian tersebut, terdengar arahan kawad kaki diberikan oleh tenaga pengajar. Lalu, salah seorang pelajar terus beraksi dengan gaya kawad ‘senang diri’.

B 2 13

 

Video yang telah menerima tontonan lebih 190 ribu tontonan itu menerima pelbagai respon dari netizen.

Rata-rata terhibur dengan gelagat mereka dan ada juga yang berkongsi suasana kelas kokurikulum online yang lain seperti kelas senamrobik dan kelas berenang.

B2 1 B3 8

 

Apa-apa pun min doakan kepada semua student yang study online ni diberi kekuatan. Memang mencabar belajar dalam bilik ni. Tapi yang penting usaha perlulah diteruskan. Ayuh!

Baca: [Video] Lucu! Mak Baru Rancak Nak Bertiktok, Sekali ‘Si kecil’ Buat Hal Rampas Dan Bawa Lari Handphone

B4 4

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.