in

[Video] Lucu! Mak Baru Rancak Nak Bertiktok, Sekali ‘Si kecil’ Buat Hal Rampas Dan Bawa Lari Handphone

Feat Tik Tok Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang, rata-rata netizen menjadikan media sosial sebagai tempat berhibur untuk melepaskan tekanan.


Antara laman sosial yang terkenal termasuklah aplikasi Tiktok yang banyak memaparkan trend atau challenge tarian terkini sebagai cara untuk released stress.

Baru-baru ini tular pula sebuah rakaman video pendek yang memperlihatkan dua wanita yang lengkap mengenakan hoodies sedang rancak menari di hadapan telefon pintar.

Namun, bukanlah tarian mereka yang mendapat perhatian tetapi berlaku pula satu insiden lucu yang langsung tidak disangka-sangka ketika mereka baru hendak memulakan tarian.

Dalam rakaman video yang dimuatnaik di aplikasi Tiktok oleh pemilik akaun @kalynnbrianna itu, ketika mereka baru sahaja beberapa saat memulakan tarian, muncul pula kelibat seorang kanak-kanak perempuan dari arah tepi dengan secara tiba-tiba.

@kalynnbrianna

we were just trying to be great #fyp

♬ original sound – Loren gray

 

Enterframe siap bawa lari handphone

Apa yang menghiburkan hati, si kecil itu bukan sahaja enterframe video Tiktok berkenaan, malah dia juga berjaya mencuri ‘spotlight’ daripada kedua-dua wanita berkenaan apabila dia turut merampas dan membawa lari handphone tersebut.

Reaksi wajah si kecil yang kelihatan comel dan nakal itu juga turut terakam saat dia berlari membawa handphone yang berjaya dirampas itu.

Video enterframe kanak-kanak ini mendapat perhatian daripada netizen yang terhibur dengan wajah kanak-kanak ini yang kelihatan gembira membawa lari handphone tersebut sambil terkedek-kedek berlari apabila dikejar oleh ibunya.

Tik Tok Curi

Tik Tok Lari

 

Sampai terjelir lidah berlari 

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu juga kelihatan teruja sambil terjelir lidahnya ketika berlari sebelum berjaya ditangkap oleh ibunya.

Video yang tular ini berjaya meraih lebih daripada 900,000 views dan 100,000 likes.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat nakal si kenit. Tidak terkecuali ada juga yang berseloroh apabila kanak-kanak tersebut kelihatan pantas berlari seiring dengan rentak muzik tarian tersebut.

Komen Tik Tok 1 1

Komen Tik Tok 2 1

Tak padan terkedek-kedek, laju je nampak dia lari. 

Baca: Inilah cara betul guna tik tok PU Azman Buat Akaun TikTok, Mahu Sebar Dakwah Di Sana

Baca Tik Tok 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.