in

Dakwa Terdengar Bunyi Misteri Seakan Suara Wanita, Polis Sahkan Sebenarnya Bunyi…

Bunyi Misteri Suara Wanita Bunyi Paip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang penghuni mendakwa terdengar bunyi misteri berulang kali serta suara seakan-akan rintihan wanita dari ruang utiliti di tingkat 23 sebuah bangunan di Petaling Jaya.

Video terbabit turut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, malah ada yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di lokasi berkenaan.


Artikel berkaitan: “Ia seolah-olah minta tolong dari dalam kubur” – Rakaman Suara Misteri Di Tanah Perkuburan Buat Rasa Meremang

Artikel berkaitan: “Seram tapi lawak” – [VIDEO] Menyanyi Ketika Lalu Lorong Gelap, Tiba-tiba Ada Suara Misteri Sambung Nyanyi

Polis sahkan bunyi itu sebenarnya…

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang unsur mencurigakan ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, anggotanya bersama pengawal keselamatan telah melakukan pemeriksaan menyeluruh di lokasi termasuk semua aras bangunan terbabit.

“Anggota sudah membuat pemeriksaan dan semua aras juga sudah diperiksa oleh pengawal keselamatan, namun tiada apa-apa yang mencurigakan,” katanya.

Katanya, bunyi yang disangka suara seorang wanita itu dipercayai sebenarnya berpunca daripada tekanan air dalam sistem paip bangunan.

“Pengawal keselamatan juga terdengar bunyi itu, tetapi bunyi itu berpunca daripada paip air. Tekanan air disyaki mengeluarkan atau menyebabkan bunyi yang pelik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.