in

“Kau siapa nak cakap fasal ‘level’ Tokti?” – Lepas DSV & Naim Daniel, Netizen Tak Puas Hati Diva AA ‘Carut’ Tokti Isu Microphone

Divaaasiti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari ini, nama bekas pengacara legend, Azwan Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA telah menjadi sebutan ramai gara-gara kontroversi yang diciptanya.


Kalau sebelum ni, ramai yang bengang bila Diva AA kutuk Dato’ Seri Vida isu anaknya yang sudah meninggal dunia dan hamun Naim Daniel kerana menjadi juara AJL34, kali ni nampaknya Azwan betul-betul bangkitkan kemarahan netizen.

Ali 1
sumber: facebook

“Dia akan cakap tak sebut nama, tapi… jelas tu gambar Tokti. Rasanya kena saman jugak dia ni” 

Dalam satu tweetnya yang telah diprivasikan, Azwan Ali sempat mengutuk penyanyi nombor satu negara kerana pulang awal selepas selesai persembahan Anta Permana gara-gara isu microphone tidak dihidupkan.

Screenshot tersebut dikongsikan netizen di Twitter.

Nama

Eqgsfusuyaedh1I
sumber: twitter

 

“Siti Nurhaliza if you’re watching me, kau jawablah!” 

Isu ini kemudian diajukan wartawan Astro Gempak kepada Azwan Ali atas komennya terhadap penyanyi nombor satu negara itu berhubung isu di AJL34 lepas.

Azwan di dalam temubual itu pertikaikan mengapa Tokti perlu pulang awal daripada acara majlis tersebut dan kaitkannya dengan isu Noraniza Idris pada AJL terdahulu.

Malah tak cukup dengan itu, dia juga menyalahkan ‘supporters’ Siti yang fanatik dan mengecam penyanyi lain. Pulak dah! 

Azwan Ali Jawab Isu Kontroversi Naim dan TokTi

#GempakNews: Panas! Panas! Korang nak tahu apa yang Azwan Ali dah jawab tentang isu Kontroversi Naim dan TokTi ini, jom layan video penuh! #GempakNews

Posted by Astro Gempak on Wednesday, February 12, 2020

 

“Apa masalah dia ni eh? Semua orang dia nak burukkan” 

Video dan posting tersebut telah menimbulkan kemarahan peminat Siti Nurhaliza dan warga netizen lain yang rata-rata tidak memahami apa sebabnya sehingga Azwan perlu mengutuk penyanyi kesayangan ramai tersebut.

Malah tuduhan Azwan yang Tokti pulang awal kerana masalah microphone juga salah kerana penyanyi tersebut terpaksa pulang awal demi menjalani pembedahan kecil pada esok pagi bagi persediaan untuk menjalani proses IVF. Ish, ish! 

Pondans
sumber: twitter

Apa-apapun admin harap netizen lain janganlah terlalu melayan sangat dengan kerenah Diva AA ni sebab seperti yang kita tahu, sikap dia memang macam tu. Kalau Tokti boleh bersabar dan diam, eloklah kita ambil langkah yang sama.

Ambillah pengajaran daripada pemergian Abam, “Kalau kita baik, semua orang sayang kita.”

Baca: “Minta maaf macam menganjing” – Dato Vida Anggap Permohonan Maaf Diva AA Tak Ikhlas, Tetap Mahu Saman?

Azwan Vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.