in

“Minta maaf macam menganjing” – Dato Vida Anggap Permohonan Maaf Diva AA Tak Ikhlas, Tetap Mahu Saman?

Azwan Vida

Semalam, Azwan Ali telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan memadam semua penghinaan yang dilakukannya di Twitter sebelum ini, lapor mStar.

Dengan ini Diva AA memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf ini dibuat setelah mengkaji banyak perkara bersama peguam.”

Ini bukan soal kalah atau menang. Saya juga akan memadam semua status terhadap DSV dan juga anaknya Cik B di Twitter.”

Azwan7
sumber: blog

 

Rela hati mohon maaf walaupun…

Dalam satu sidang media tergempar yang diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya Azwan Ali berkata dia rela hati memohon maaf walaupun dalam video atau statusnya tidak menyebut nama mana-mana pihak.

Video dimuat naik tidak menyebut nama sesiapa tapi saya hormati pendirian DSV yang kata dia tersentap dan tersinggung.”

Jika dia kata status yang saya tulis itu berbaur fitnah dan boleh menjejaskan bisnes…saya terima dan tarik balik!”

Azwan2
sumber: mstar

 

“Minta maaf macam menganjing” 

Melalui Instagram posting beberapa jam yang lepas, Dato Vida bagaimanapun memberi hint seolah-olah dia tetap akan saman Azwan Ali meskipun permohonan maaf dah dibuat.

Apatah lagi, statusnya nampak dia seperti masih marah dan tidak suka dengan cara Azwan Ali mohon maaf sebab nampak macam tak ikhlas.

Ramai netizen yang komen di posting itu bersetuju dengan Dato Vida dan berpendapat Azwan Ali permohonan maaf itu bukan betul-betul ikhlas.

Mereka juga galakkan supaya Dato Vida teruskan niat untuk saman Azwan Ali dan ‘ajar’ sikit sebab selama ini terlalu lantang bersuara dengan kurang ajar sekali.

Baca: “Kalau aku dah lama belasah si AA ni” – Netizen ‘Respect’ Cik B Tak Melenting Bila Cakap Pasal Azwan Ali

Collage 28