in

“Kau ada datuk, kau kaya raya, follower berjuta-juta, bukankah kerana kerajaan?!” – Azwan Ali

Azwan Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kebelakangan ini, banyak pula kita dengar kisah artis-artis bertikam lidah berkenaan isu negara. Kalau beberapa hari yang lalu Azwan Ali mengaku ada sejuta idea untuk jatuhkan Azmin, hari ini timbul pula kisah selebriti kontroversi tersebut menyelar tindakan Sheila Majid berkongsi pendapat tentang kos sara hidup di laman sosial.


Sejak memuat naik pendapat persendiriannya di laman Twitter, hidup Sheila Majid nampaknya bagai dihambat kontroversi kerana ramai orang yang tidak puas hati dengan kenyataannya, termasuklah Azwan Ali.

S1
sumber: star2

Menurut Malaysiakini, Azwan menyelar tindakan penyanyi terkemuka negara itu yang kononnya membangkitkan keluhan berkenaan isu kos sara hidup rakyat. Azwan yang mengakui sangat menghormati ratu Jazz negara itu bagaimanapun terkejut dengan kenyataan yang dimuat naik oleh Sheila di laman Twitter miliknya.

“Dia sebagai orang yang berpengaruh, sebagai seorang diva, she has to use a little bit of common sense on the situation.

Aw1
sumber: malaysiakini

“Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. You sebagai ikon kononnya besar, gunalah otak sikit…Kalau kau berjaya, kau ada datuk, kau kaya raya, follower berjuta-juta, bukankah kerana kerajaan? Go to hell!

Selain itu, Azwan juga merasakan bahawa Sheila seolah-olah membunuh diri sendiri dengan kenyataan yang diberikannya memandangkan dia mendapat banyak keuntungan daripada kerajaan Barisan Nasional.

Bukan itu sahaja, Azwan mendakwa yang zaman kegemilangan Sheila sudah lepas dan di ambang kejatuhan menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan tersebut supaya kembali popular. Amboi amboi amboi!

Aw2 1
sumber: malaysiakini
Aw3
sumber: malaysiakini

“Najib tak perlu artis-artis sangkak untuk menang. Najib adalah nama yang terlalu besar. Apalah sangat artis-artis sangkak ni. Who are you?”

Dek status Sheila yang menjadi tular di laman sosial, ada yang melihat bahawa kenyataan tersebut boleh jadi tamparan hebat kepada UMNO kerana dibuat menjelang perhimpunan agung UMNO. Apabila ditanya sekiranya kenyataan artis akan memberi kesan kepada Barisan Nasional, Azwan begitu yakin bahawa ia langsung tidak akan menjejaskan sokongan terhadap parti politik tersebut.

Rancak pula mereka ni memberikan pendapat masing-masing ye. Apapun jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan masa akan datang.

Baca: “Saya berdoa siang malam untuk jumpa PM” – Azwan Ali Mengaku Ada Sejuta Idea Untuk Jatuhkan Azmin

Azwan Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.