Laman Twitter merupakan satu platform untuk berkongsi pelbagai informasi dan berita yang berlaku di sekeliling kita. Ramai yang menggunakan Twitter untuk tujuan menyuarakan pendapat tentang isu-isu semasa termasuklah ahli politik dan golongan artis.
Golongan artis kebiasaannya menggunakan laman sosial atas tujuan berkomunikasi dengan peminat. Selain dijadikan platform mendekati peminat, laman sosial juga dijadikan tempat untuk mereka berkongsi pandangan terhadap sesuatu topik.
Menurut Malaysian Digest, penyanyi popular tanah air Sheila Majid baru-baru ini memuat naik status di laman Twitter menyatakan pendapatnya tentang apa yang berlaku di dalam negara kita. Sheila dalam statusnya mengatakan bahawa rakyat Malaysia kini sudah letih dengan keadaan negara yang dibebani hutang, makanan yang mahal, dan peluang pekerjaan yang terhad.
Dalam status berkenaan, Sheila memberitahu supaya berhenti memberikan alasan dan mencari kesalahan tetapi sebaliknya cubalah fokus untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul. Tidak menujukan statusnya itu kepada sesiapa, status itu tular serta merta dan Sheila malah turut menerima kecaman daripada keyboard warriors.
Sejurus memuat naik status tersebut, netizen bertindak membalas entri berkenaan dengan pelbagai fakta dan kata-kata berbaur penghinaan menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada pendapat yang diberikan Sheila itu. Rata-rata netizen merasakan bahawa Sheila merungut bahawa kehidupannya kini susah dek nilai mata wang negara yang lemah.
Memang tidak sedap didengar, netizen mengatakan bahawa Sheila buta dalam menilai keadaan negara dan cuba untuk menyalahkan keadaan sekeliling. Netizen juga menuduh Sheila acah-acah prihatin dengan keadaan negara kerana harga tiket untuk menghadiri konsertnya bukan murah.
Dek kerana harga tiket konsertnya yang mahal itu habis dijual, netizen merasakan bahawa Sheila sama sekali tidak layak untuk merungut dengan kesusahan hidup. Berdasarkan gaya hidup yang ditonjolkan di laman Instagram miliknya, kehidupan Sheila juga tidak nampak macam hidup susah.
Tidak cukup dengan itu, netizen mengatakan bahawa negara tak perlukan diva tiada otak sepertinya dan berpesan supaya Sheila tidak jadi seperti Fathia hanya kerana obses dengan Tun Mahathir. Eh tak pasal-pasal Tun Mahathir pulak yang kena.
Netizen ni laju je kalau bab memburuk-burukkan orang ye. Walaupun hampir kesemua komen-komen yang diterima berunsur negatif, ada juga yang bersetuju dengan pendapat Sheila dan menyokong kenyataannya dalam status tersebut kerana merasakan bahawa apa yang diperkatakan tidak salah kerana dia tidak menuding jari kepada sesiapa.
Yang duk kecam dan marah marah tu golongan ‘penjilat’ ke? Tanya je.. Huhuhuhu
Baca: “Kau la antara sebab orang dok label artis takde otak!” – Fathia Dikecam Kerana Kritik Najib