in

“Saya berdoa siang malam untuk jumpa PM” – Azwan Ali Mengaku Ada Sejuta Idea Untuk Jatuhkan Azmin

Barua Bn 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya berdoa siang malam untuk jumpa PM" - Azwan Ali Mengaku Ada Sejuta Idea Untuk Jatuhkan Azmin
Loading
/

Dengar saja tagline “Amboi, amboi, amboi..” anda mesti tahu siapakah selebriti ini. Siapa lagi kalau bukan Azwan Ali yang bermulut becok dan lantang dalam menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu. Kali ini pengacara dan pelakon yang berusia 51 tahun itu kembali lagi dengan kontroversi baru.


Seperti yang semua sedia maklum, Azwan Ali merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Hubungan kekeluargaan antara kedua-duanya ini juga boleh dilihat tidaklah begitu baik dan seringkali bertelagah kerana sesuatu isu.

Xcyki
sumber: rotikaya

Namun kali ini, Azwan telah bertindak sedikit agresif dengan membuat pengakuan untuk menghapuskan kuasa abangnya sebagai Menteri Besar Selangor, lapor Malaysia Digest. Aik sampai macam tu sekali? 

Melalui sebuah video yang tular di Facebook, Azwan mengaku bahawa dia mempunyai lebih kurang 1 juta cadangan dan cara untuk mengalahkan Azmin serta berhajat untuk duduk berbincang mengenai hal tersebut dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

“Saya berdoa siang malam untuk duduk (berbincang) dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Razali Ibrahim pun jadilah. Tapi kalau dapat dengan PM, macam bulan jatuh ke riba.

“Bukan nak habuan, bukan nak bodek. Tapi janji saya, saya ada sejuta idea untuk jahanamkan Azmin seluruh Selangor. Bukan hanya di (DUN) Bukit Antarabangsa, bukan hanya di (Parlimen) Gombak, saya sanggup turun padang jual ikan, jual apa semua,” katanya. Tu diaa berkobar-kobar Azwan Ali! 

Tambah Azwan lagi, cadangan-cadangannya yang bernas itu juga mampu membuat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tersenyum dan gembira kerana ia mampu menjahanamkan Azmin di Selangor.

Azwan juga pada masa yang sama tidak kisah untuk berkempen sehingga ke Sabah dan Sarawak demi mendapatkan sokongan rakyat untuk Barisan Nasional tanpa meminta bayaran.

Biarlah orang kata saya barua BN. So? Alang-alang…” 

Azwana
sumber: pepatung

Dalam pada itu, Azwan makin dilihat lantang dalam menentang kepimpinan abangnya sendiri selepas terbongkarnya skandal rasuah melibatkan anak saudara pengacara ini, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid melibatkan projek lombong pasir.

Walau bagaimanapun, Mohd Nuzul Fadli telah diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lalu selepas menemui wang bernilai RM4 juta di kediamannya.

Anda nilailah sendiri isu ini sebaik-baiknya. Menjelang pilihan raya yang akan datang tidak lama lagi, makin banyak kontroversi dan berita angin yang akan timbul. Lebih baik selidik dahulu sebelum terima sesuatu bulat-bulat. 

Baca: Pemohon MyKad Dakwa Kena Ikrar Undi BN, Jika Ingkar Permohonan Dibatalkan. Betul ke? 

Borang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.