Setiap orang pasti akan ada juadah pilihan masing-masing yang dicari setiap kali ke bazar Ramadan. Ada yang cari murtabak, ada yang cari tepung pelita, ada yang cari ayam golek dan sebagainya. Kadang kala kita akan lihat ada satu gerai yang menjadi tumpuan orang ramai.
Dan peniaga pula, mereka pasti akan menghasilkan sesuatu yang berbeza dari semua peniaga lain supaya dapat menarik perhatian pelanggan.
Bagi seorang pensyarah dan dua pelajar jurusan kulinari dari sebuah kolej swasta ini, mereka menggunakan slogan sebagai salah satu daya penarik makanan yang dijual.
Syahmizul Hemy dan Syed Faiz Suhaimi menjual karipap di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka di Kota Kinabalu tetapi ia bukanlah karipap biasa yang anda lihat di tempat lain.
Dua kawan itu bersama pensyarah mereka Jamil Biddajalan, 29, menjual karipap bersaiz besar yang dipanggil ‘Cheezy Karipap XXL’. Memang besar gila weh!
Disebabkan saiz yang besar itu, karipap yang dijual seakan-akan menyerupai cengkerang. Dijual pada harga RM5 setiap satu, karipap yang dijual oleh mereka berintikan telur rebus, kentang dan keju. Dapnyeee!
Menurut Syed Faiz, idea untuk menjual karipap bersaiz XXL itu datang secara tiba-tiba.
Kami mahu menjual sesuatu yang sudah biasa dijual tetapi lain dari yang lain.”
Mereka menggunakan slogan ‘Sudah lah besar, sedap lagi’ sebagai penarik untuk membuatkan orang ramai tertanya-tanya akan rasa karipap itu.
Karipap buatan kami sudah cukup untuk mengenyangkan perut anda.”
Kalau makan karipap ni, seketul je dah boleh kenyang agaknya. Apa lagi tunggu orang Kota Kinabalu, pergi lah serbu!
Baca: 5 Resepi Shell Out Anda Boleh Cuba Untuk Berbuka Puasa Bersama Keluarga!