in

“Kami hantar dia hidup, tapi…” – Adik Zulfarhan ‘Balas’ Balik Dekat Penuntut Yang ‘Back Up’ UPNM

Zulfarhan Upnm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada saat ini, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima pelbagai kritikan dan tohmahan daripada seluruh rakyat Malaysia disebabkan kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain, 2 tahun lepas.


Bagaimanapun, penuntut UPNM dikatakan meminta orang ramai supaya tak ‘maki’ UPNM. Lelaki itu meminta kita supaya membuka mata dan tidak hanya pandang buruk serta menghina UPNM.

 

Ramai netizen kecam balik

Namun, sebaliknya ramai yang kecam semula lelaki terbabit disebabkan rasa bengang dan sakit hati dengan apa yang menimpa Zulfarhan Osman sehingga menyebabkan kematian. Meskipun 18 penuntut UPNM itu telah didapati bersalah dan diperintah untuk membela diri, tapi rakyat Malaysia masih belum boleh maafkan semua yang terlibat dengan kes ini. Antara kata-kata netizen,

Aku dah kata universiti yang management kalau dah bodoh, sampai ke mahasiswa pun jilat bodohnye juga. Brawn with no brain.”

UPNM TEMPAT PENJENAYAH.. FULL STOP.”

Faham, bukan uni/pelajar pelajar bersalah, tapi ini bukan masa untuk pentingkan ‘nama baik’, jika benar mahu ‘rebuild‘ maka bersolidariti bersama yang teraniaya, tunjukkan semangat tolak budaya samseng/buli & bunuh persepsi. Tak perlu terlalu emosi & defensif.”

Utusan
sumber: utusan

 

Adik arwah ‘balas’ tweet

Semalam, adik arwah sendiri turut memberi komen dan ‘balas’ balik kenyataan lelaki itu di Twitter. UPNM merupakan tempat arwah abangnya teringin sangat untuk daftar disebabkan cita-citanya untuk jadi Tentera Laut. Namun, sebaliknya nyawa melayang dek kerana perbuatan kejam penuntut lain pula.

Tengoklah apa dah jadi sekarang, kami (keluarga) hantar dia hidup tapi kami dapat pembunuhan yang kejam dan tidak berhati perut.”

https://twitter.com/faiqahlyana/status/1156921872258195456

 

Netizen bersimpati, doakan untuk Zulfarhan

This is sad, takziah and Al Fatihah for your late brother

InshaAllah your late brother akan dapat full keadilan. That warden, tok bomoh dan yang bapaknya suruh ugut bagi kenyataan salah tu I harap mahkamah bukak kes baru. Jangan bagi diorang terlepas.”

Takziah dengan pemergian your brother.”

Zulfarhan1
sumber: utusan

Moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman… Al Fatihah untuk Zulfarhan Osman.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.