in

“Rebuilt UPNM my a*s” – Penuntut Ini Rayu Henti ‘Maki’ UPNM, Tapi Dikecam Balik Netizen Sebab…

Featured 3

Rasanya lepas sahaja mahkamah putuskan yang 18 penuntut UPNM bersalah dan diperintah bela diri, maka semakin banyak kisah kes kematian membabitkan Zulfarhan Osman dan keluarganya terpapar di kaca tv, corong radio mahupun di media sosial.

Cuma, disebabkan kes ini juga nama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sedikit sebanyak tercemar dan menjadi ‘buah mulut’ ramai orang diluar sana yang rata-rata tidak puas hati dengan IPT tersebut.

 

“Semoga mereka Tak salah sangka lagi terhadap UPNM…”

Disebabkan begitu banyak kecaman yang diterima, seorang lelaki ini yang juga merupakan penuntut di universiti tersebut tampil bagi menenangkan keadaan, malah dia turut merayu supaya berhenti mengecam UPNM sebagai universiti yang ‘tak elok’ ataupun buruk seperti yang mereka sangka.

Meyyy pada masa salah meluahkan rasa sedihnya terhadap pihak yang terus membuat kesimpulan tanpa melakukan usul periksa dan menghukum berdasarkan ‘apa yang mereka dengar’.

Sedih, bila mana ramai manusia yang mengeluarkan kata-kata yang tidak baik dan bersangka buruk terhadap UPNM. Manusia hanya tahu membuat kesimpulan sendiri tanpa soal selidik dahulu. UPNM still the best! Bagi manusia yang bersangka buruk dan cakap bukan-bukan pasal UPNM tu apa kata anda semua datang sini dan lihat sendiri macam mana kehidupan dekat UPNM ni, selepas tu barulah boleh nilai macam mana.

Namun, rayuan itu bagaimanapun disangkal netizen yang mungkin masih ‘berbekas’ rasa bengang dan sakit hati atas apa yang dilakukan 18 penuntut UPNM tersebut sehingga menyebabkan kematian Zulfarhan Osman.

Meskipun mahkamah meminta kesemua mereka bela diri, namun rasa marah kepada kesemua penuntut tersebut sekaligus menjejaskan ‘nama’ UPNM sebagai universiti yang melahirkan graduan berkualiti dan kompeten khususnya dalam bidang bidang pertahanan dan pelbagai bidang lain.

 

Militarism. What do you expect? Dodoi?

2 1

1 1
Sumber: twitter

 

Hurmm tapi betul jugak, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Admin tak nafikan kes kematian Zulfarhan Osman memang ‘melampau’ tapi itu tak bermakna UPNM secara keseluruhannya teruk, korang rasa macam mana?

Baca : Kes Kematian Penuntut UPNM Zulfarhan Osman, Kalau Dah Bersalah Kenapa Perlu Bela Diri? Peguam Ini Jelaskan Kenapa

Featured 2