in

“Kalau nak hidup lama, jangan kahwin” – Nenek 107 Tahun Kongsi Rahsia Hidup Lama & Sihat

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu milestone yang ingin dicapai oleh kebanyakan orang adalah perkahwinan. Namun untuk wanita berusia 107 tahun ini lain pula, dia berkata, rahsia untuk hidup lama adalah ‘jangan kahwin’. Betul ke ni?


Memetik CBS, Louise Signor yang lahir pada 1912, tahun Titanic melanggar ice berg sebelum tenggelam ini baru saja menyambut hari lahirnya yang ke-107 pada Julai lalu.

107 Bigger Shot

Walaupun usianya dah mencecah lebih 100 tahun, wanita ini masih sihat dan kuat. Dia tak perlukan tongkat atau kerusi roda untuk kemana-mana. Malah, nak beli barang pun dia boleh pergi sendiri tanpa bantuan orang lain.

Selain itu, Louise juga sering menari dan melakukan pelbagai aktiviti walaupun tinggal seorang diri di rumah. Menurutnya, ini adalah rahsia bagaimana dia boleh hidup lama.

Saya rasa rahsia saya boleh hidup sampai 107 tahun adalah saya tak pernah berkahwin.”

Sebenarnya, umur wanita ini panjang bukan hanya kerana ‘tuah’, tapi mungkin kerana keluarganya pun semua panjang umur. Adiknya saja dah berusia 102 tahun.

Louise Signore Birthday

“Saya bersenam, menari, lepas makan tengahari saya main bingo. Aktiviti harian saya memang penuh.”

Bukan tu je, Louise juga tak ambil apa-apa ubat kecuali ubat darah tinggi. Selain itu memang dia tak ada penyakit.

Louise juga menambah, makanan Itali juga adalah punca dia sentiasa sihat.

“Saya dibesarkan dengan makanan yang bagus-bagus. Tak ada air gas. Tak ada kek.”

Wow, macam-macam zaman dah dia lalui, mana taknya hidup dari abad ke-19 kot! Power. Tapi, Tun M dengan Tun Siti Hasmah kahwin je, hidup lama jugak kan?

 

Baca: Nak Sembuh Demam Selesema? Cuba Guna Petua Mujarab Ni

Screenshot 2019 08 21 At 1.27.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.