in

Nak Sembuh Demam Selesema? Cuba Guna Petua Mujarab Ni

Untitled Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demam, batuk dan selesema.


Tiga penyakit ni kalau datang serentak, memang haru dibuatnya.

Kalau dulu, kita selalu salahkan musim buah jadi punca kita dapat penyakit-penyakit ni.

Tapi sekarang selain faktor cuaca melampau, gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang — turut menyumbang kepada sakit-sakit yang kita hidapi.

Dan ada dalam kalangan kita jenis yang tak suka nak pergi dapatkan rawatan di klinik atau hospital.

Setakat demam sikit, makan je paracetamol dan minum air banyak-banyak.

Tapi korang tau tak, sebenarnya ada ikhtiar lain yang kita boleh lakukan kalau nak cepat sembuh demam selesema?

Petua dia cuma guna air garam je!

Manfaat Air Garam Doktersehat 401238094

Mengikut perkongsian Dr. Latif Saad dari laman web The Diagnosa, satu kajian telah dilakukan di mana pesakit diminta berkumur air garam pekat dan menitiskan air garam di dalam hidung mereka.

Dan hasil kajian itu mendapati, waktu jangkitan demam selesema dapat dikurangkan kepada dua hari sahaja — selain pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat farmasi, mengurangkan jangkitan kepada orang lain dan mengelakkan penggunaan ubat antibiotik.

Hasil kajian itu ada diterbitkan di sebuah jurnal, Nature.

Demam Selsema Women Online Magazine 600X375

Dr. Latif menjelaskan lagi, demam selesema kebanyakannya adalah disebabkan oleh jangkitan virus — justeru tiada lagi rawatan untuk membunuh virus itu dengan berkesan.

Dan penggunaan garam pula dikatakan berkesan kerana ia mengandungi ion klorida, yang boleh digunakan oleh sel badan untuk menghasilkan hypochlorous acid.

Ia sama seperti air klorin, yang kita ketahui mempunyai sifat antiviral yang kuat.

Jadi,hypochlorous acid inilah yang akan membunuh semua virus di sekitar kawasan tersebut.

Sekarang ni kalau malas nak buat sendiri, dekat farmasi pun dah ada jual banyak saline solution — dalam pelbagai bentuk.

Kan dah mudah kerja korang, kalau nak cari ikhtiar cepat sembuh tanpa terlalu bergantung kepada ubat klinik.

Apapun, kalau demam teruk sangat tu — bolehlah pergi dapatkan rawatan di hospital dengan segera.

 

Baca: Anak Kecil Demam, Muntah & Cirit Birit Disebabkan Pencuci Botol? Ada Logiknya Perkongsian Bapa Ini

Screenshot 2019 07 21 09.54.53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.