in

“Kalau mati apa pun tak dapat” – Makmal ‘Offer’ RM19k Pada Orang Yang Sanggup Dijangkiti Covid-19 Untuk Cari Penawar

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran penularan wabak Covid-19, para pengkaji sekarang sedang bertungkus lumus untuk mencari penawar bagi penyakit ini, dan untuk dorang dapatkan penawar, dorang perlukan beberapa sukarelawan yang rela dijangkiti coronavirus.


Menurut Mirror, tikus-tikus makmal yang sanggup menyertai pencarian penawar ini akan diberikan ganjaran sebanyak £3,500 (RM19,231) namun dorang perlu duduk di dalam sebuah fasiliti selamat di London dan tak boleh berhubung dengan dunia luar selama dua minggu dan akan sentiasa diperiksa.

A

24 sukarelawan ini akan dijangkiti dengan dua jenis coronavirus 0C43 dan 229E yang sama dengan virus Covid-19. Seperti penyakit sebenar, dua virus ini akan memberikan simptom yang sama dengan jika seseorang dijangkiti Covid-19. Dua virus ini juga dikatakan boleh menyebabkan gangguan pernafasan berlaku.

Selepas keadaan sukarelawan sama seperti pesakit yang dijangkiti penyakit ini, dorang akan digunakan untuk menghasilkan vaksin Covid-19 dan akan diberikan ubat-ubatan antiviral.

Menurut syarikat yang memiliki makmal ini, sukarelawan tak dibernarkan bersenam atau menyentuh orang dan makanan dorang juga akan dikawal. Pun begitu, sukarelawan akan diberikan TV dan video games untuk menghabiskan masa.

Setiap bilik dilengkapi dengan semua benda yang boleh buat anda relaks, termasuk TV skrin rata, PS3, WiFi dan bilik mandi mewah.”

This Uk Lab Wants To Pay Volunteers Rm19K To Be Infected With Covid 19 In Order To Find A Cure World Of Buzz 768X432 1

Pakar mengatakan, eksperiman ini adalah sebahagian daripada perlumbaan dunia untuk mencari vaksin bagi virus membunuh ini lebih-lebih lagi untuk membantu golongan warga emas dan orang-orang yang mempunyai penyakit lain yang daya ketahanan mereka kurang dari manusia normal.

Apa-apa pun, eksperiman ini masih dalam rancangan kerana syarikat ini perlu dapatkan persetujuan dari Agensi Penguatkuasaan Produk Ubat dan Kesihatan UK dulu sebelum meneruskan perancangan ini.

 

Baca: Panik Gara-Gara Covid-19, Rakyat Australia Gaduh Berebutkan Tisu Tandas

Screenshot 2020 03 09 At 1.57.27 Pm

Sumber: Flucamp
Sumber: Juice Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.