in

Panik Gara-Gara Covid-19, Rakyat Australia Gaduh Berebutkan Tisu Tandas

Untitled Collage 72

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini kita lihat kes jangkitan Covid-19 banyak tertumpu di tanah besar China dan negara-negara berhampirannya seperti Hong Kong, Jepun dan wilayah Asia Tenggara.


Namun sejak bulan lalu, wabak itu dikesan telah menular ke benua Eropah, Asia Barat bahkan Afrika Selatan juga turut merekodkan kes pertamanya baru-baru ini.

Jika hendak dibandingkan, penularan Covid-19 ini adalah lebih cepat dan ia menjangkiti lebih ramai manusia berbanding dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) suatu ketika dulu.

Buktinya, Business Insider melaporkan virus baru ini membunuh hampir tiga kali ganda dalam tempoh lapan minggu berbanding SARS dalam tempoh lapan bulan.

Jadi tidak hairanlah mengapa beberapa negara seluruh dunia dilanda pembelian panik (panic buy), sehingga ada yang sanggup memborong apa sahaja meskipun pasar raya mengambil kesempatan meletakkan harga mahal ke atas produk mereka.

Australia juga turut tidak ketinggalan, apabila jumlah jangkitan di negara itu meningkat kepada 70 kes. 

SkyNews melaporkan, sekumpulan wanita dikatakan sanggup ‘bergasak’ sesama sendiri kerana berebutkan tisu tandas dan beberapa keperluan asas lain di sebuah pasar raya di Sydney.

Australian Police Tells Public To Remain Calm Following Panic Buying For Toilet Rolls

Australian police are calling on the public to remain calm following days of panic buying for toilet rolls.The situation got out of hand this morning when customers at a Sydney supermarket traded punches over the scarce commodity.

Posted by Hong Kong International Business Channel on Saturday, March 7, 2020

 

Kejadian itu memaksa kakitangan meminta bantuan polis untuk meleraikan keadaan. Susulan itu, polis tempatan menasihatkan orang ramai agar kekal tenang dan tidak menimbulkan kekecohan yang boleh mencetuskan lebih banyak huru hara — ketika negara itu sedang bergelut memerangi penularan Covid-19.

Selain itu, Nine News Australia turut melaporkan beberapa jenama tisu tandas terkenal telah habis diborong pengguna di beberapa pasar raya negara itu.

1 2

2 2

3 2

 

Baca: “Bagus, kedutaan Malaysia” – Netizen Tersengih Tengok ‘Care Pack’ Covid-19 Kepada Rakyat Malaysia Di Itali

1Pack

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.