Beberapa hari kebelakangan ini, kita sering mendengar beberapa ahli penjawat awam melakukan perkara yang tidak sepatutnya di media sosial.
Difahamkan, mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya berkongsi tugasan apa yang sedang dilakukan, lebih-lebih lagi jika ia merupakan perkara yang diklasifikasi sebagai sulit.
Bagaimana pun, baru-baru ini tular sebuah rakaman live di TikTok dikongsikan semula oleh satu akaun Twitter, video tersebut menunjukkan sesi live seorang anggota polis wanita yang dikatakan mempunyai pangkat.
https://twitter.com/Tsgxy_/status/1518122874740953088?s=20&t=iCETrZAbVMmzlroU_sgxQA
Dalam video tersebut, wanita tersebut dilihat sedang melakukan operasi menyerbu kelab malam, malah dia juga sempat memperkenalkan rakan sekerjanya yang lain ketika melakukan tugasan tersebut.
“Ramai sangat yang tengok, 1.2K weh!”
Ketika dalam sesi live itu, anggota tersebut berkata ramai yang sedang menonton live tersebut malah dia juga sempat mengajak netizen yang menonton live berkenaan untuk follow TikToknya supaya follower terus meningkat.
Pastinya, tindakan yang dilakukan oleh anggota polis tersebut menerima kecaman hebat oleh netizen di Twitter, rata-rata merasakan perbuatan tersebut tidak patut berlaku lebih-lebih lagi ketika sedang bertugas.
Ramai juga netizen yang merasakan wanita tersebut seakan melanggar etika dalam bekerja kerana sesi live tersebut dibuat menggunakan akaun media sosial peribadi dan bukan untuk tujuan bekerja, malah ramai juga bekas anggota polis berkongsi bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dikongsi.
Hm harap dikenakan tindakan, nampak tak profesional ya…
Baca: “Bila komen terus kena block” – Cikgu Mengajar Sambil Live TikTok Dikecam