in

“Bila komen terus kena block” – Cikgu Mengajar Sambil Live TikTok Dikecam

ft cikgu live tiktok mengajar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah semestinya ia merupakan hak individu itu untuk menggunakan media sosial miliknya untuk kongsikan kehidupan atau kerjaya mereka.

Namun begitu, ia perlu lah berbatas agar tidak mengganggu kredibiliti dan integriti pekerjaan kita, lebih-lebih lagi jika kerjaya kita itu membawa satu imej contoh kepada ramai orang seperti guru.


 

Live masa waktu sekolah

Telah wujud satu isu di Twitter apabila tindakan seorang guru buat live di TikTok ketika sedang mengajar menjadi pertikaian mereka.

Screenshot 2022 04 13 153629

Ia menerusi satu screenshot daripada video TikTok yang memperlihatkan guru sedang rancak melayan penonton dan ada juga satu gambar yang dikatakan guru itu sedang mengajar sambil dirakam oleh rakan sekerja..

Pertikaian juga tercetus apabila difahamkan guru tersebut buat live semasa waktu persekolahan sedang berjalan. Tweet ini telah meraih lebih daripda 2,317 perkongsian dalam masa 3 jam.

Difahamkan mana-mana pihak yang menegur tindakannya itu akan disekat (block) oleh cikgu tersebut

cikgu live 1

Dalam gambar seterusnya, difahamkan ketika guru itu sedang mengajar si perakam ada jawab…

cikgu live 2 2

“Bila komen, kawan dia belakang tu kata “Kenapa tak boleh mengajar live? Ramai je cikgu mengajar live?”

Katanya lagi, sambil guru itu mengajar, sambil itu matanya memandang kamera. Lagi satu pertikaian wujud, apabila guru menyatakan bahawa ramai guru melakukan perkara sebegini, ia semakin kuat persoalan netizen sama ada, tindakan menggunakan media sosial ketika waktu kerja ini dibenarkan atau tidak.

 

Respon netizen

cikgu live 3 cikgu live 4 cikgu live 6 cikgu live 45png

 

KPM akan siasat.

Disebabkan tularnya isu ini, ia mendapat perhatian pihak berkuasa dikatakan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan siasat hal ini.

Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan PERIBADI semasa waktu PEJABAT samada menerusi peralatan komputer / alat mudah alih dibekalkan oleh pejabat / melalui peralatan peribadi. Ruangan komen, bukan murid yg tonton. Pekerja oil & gas pun ada. KPM akan siasat.”

Disamping kecaman yang diberikan oleh netizen, ada yang mendedahkan pekeliling daripada KPM bahawa penggunaan media sosial untuk hal peribadi semasa waktu pejabat buat penjawat awam adalah tidak dibenarkan.

Baca : “Kalau cikgu lelaki auto masuk balai” – [VIDEO] Lawak ‘Kotor’ Guru Undang Perbualan Netizen

Untitled design 2022 04 13T125933.084

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.