in

“Kalau ada signboard…” – Wanita ‘Educate’ Orang Ramai Guna ‘Smartlane’ Di ‘Highway’ Apabila Dibenarkan

smart 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, setiap kali cuti hari perayaan di Malaysia pasti ramai orang merebut peluang untuk pulang ke kampung halaman ataupun bercuti bersama keluarga.

Oleh itu, keadaan di jalan raya juga pasti akan sesak dengan pelbagai kenderaan yang berpusu-pusu hendak ke destinasi yang dituju.


Semalam, tular di TikTok video yang dimuat naik oleh @Umie_Shaa memaparkan keadaan highway yang sesak dengan kenderaan dan ada beberapa kereta menggunakan laluan kecemasan.

@umie.shazira

Sekadar share ✌️ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Umie_Shaa – Shazira?️

 

Dalam video itu, keadaan lebuh raya tersebut sesak menyebabkan aliran trafik pada waktu itu agak perlahan. Oleh itu, beberapa kenderaan menggunakan laluan kecemasan bagi mengelak kesesakan.

Walau bagaimanapun, wanita ini membuat penafian bahawa dia melalui laluan kecemasan di highway Kulai – Sedenak kerana pada waktu itu pengguna jalan raya dibenarkan untuk menggunakan smartlane.

Kepada yang tak tau jangan marah or viralkan kereta kami tau, Kulai-Sedenak memang boleh pakai lane kecemasan sebab dah buka ‘SMARTLANE’.

Artikel berkaitan: “Terang² ada signboard & banner” – Owner Petshop Terkilan MBPJ & TNB Salah ‘Raid’ Kedai Sampai Ikan Banyak Mati

Artikel berkaitan: “Macam signboard kenduri kahwin” – Netizen Komplen Papan Tanda Di SUKE Terlalu Kecil

Guna bila nampak signboard oren

Menurutnya, dia menggunakan inisiatif laluan smartlane tersebut apabila melihat signboard berwarna oren menunjukkan permulaan sehingga tamat smartlane. Selepas jumpa signboard tamat, pengguna jalan raya hendaklah kembali ke laluan asal.

Tu tengok signboard oren tu. p/s sebab tadi nampak viral kat TikTok sebab guna line ni. Tapi guna betul-betullah bila dah ada kemudahan macam ni, bukan lorong dah tamat pun masih guna.

Menyingkap di ruangan komen, ramai netizen baru tahu tentang inisiatif smartlane tersebut.

smart 2 smart 3 smart 4 smart 5

Ooo.. patutlah drive balik kampung hari tu nampak orang bawak kereta dekat situ.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.