in

“Macam signboard kenduri kahwin” – Netizen Komplen Papan Tanda Di SUKE Terlalu Kecil

Signboard Suke Kecil Sgt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh diperkatakan mengenai kemalangan pertama yang berlaku di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang katanya terjadi akibat pengguna jalan raya berhenti di lorong kecemasan untuk melihat pemandangan sekitar.


Hari ini lebuhraya berkenaan menerima satu rungutan baru apabila ada netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan papan tanda di SUKE yang dilihat sangat kecil daripada kebiasaan.

Hati-hati ketika ingin susur keluar, papan tanda terlalu kecil 

Menerusi perkongsian TikTok @jeppwaksalam, dia memberi peringatan kepada pengguna jalan raya untuk berhati-hati ketika memilih simpang di susur keluar Bukit Ampang/Langat dek kerana papan tanda di lebuhraya itu terlalu kecil untuk dilihat.

Menurutnya, susur kiri adalah untuk ke Langat dan Bukit Ampang manakala susur kanan ke Ampang, Pandan Indah dan Hospital Ampang.

@jeppwaksalam

Aku pun terkene td..korang tolong hati2 pilih simpang di susur keluar BUKIT AMPANG / LANGAT NI…. SUSUR KIRI ke LANGAT / BUKIT AMPANG.. SUSUR KANAN ke AMPANG / PANDAN INDAH / HOSP AMPANG #SUKE #sukehighway #malaysia #shopee

♬ Pusara Di Lebuhraya – Ekamatra

“Baik guna manila kad tulis pakai marker pen” 

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata geleng kepala melihatnya siap ada yang bimbang akan terlepas jalan kalau papan tanda tersebut tidak diubah kepada yang lebih besar.

Malah ada yang membangkitkan sama ada kerajaan cukup bajet atau tidak untuk buat papan tanda yang besar.

Signboard

Pengguna jalan raya berhati-hatilah ketika nak masuk ke susur keluar tu. Tengok betul-betul dan jangan last minit tukar arah pulak ye. Membahayakan pengguna jalan lain. 

Baca: Gara-gara Berhenti Tepi Nak Tengok Pemandangan, Myvi Dilanggar Motosikal Di Lebuhraya SUKE

Kemalangan Di Lebuhraya Suke

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.