in

“Terang² ada signboard & banner” – Owner Petshop Terkilan MBPJ & TNB Salah ‘Raid’ Kedai Sampai Ikan Banyak Mati

Mbpj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Silap buat serbuan, MBPJ dan TNB secara tak sengaja menyebabkan sejumlah ikan perhiasan dari sebuah kedai haiwan peliharaan di Petaling Jaya mati kerana mereka tersilap premis dengan sarang perjudian haram


Anggota TNB yang ditugaskan di tempat kejadian untuk memutuskan bekalan elektrik di lokasi yang sama, tempat perjudian haram itu di tingkat bawah manakala tempat kedai haiwan peliharaan itu di tingkat atas.

Kejadian ini berlaku selepas tuan empunya kedai menzahirkan rasa terkilan akibat kecuaian mereka di Facebook.

 

Disebabkan kecuaian ini, saya telah mengalami kerugian kerana ikan hiasan saya banyak yang mati. Rezeki hari ini hancur sebab kedai xder elektrik sampai pukul 4.30pm. Siapa yang akan bertanggungjawab?”

Pemiliknya bahkan menyertakan video yang dirakam oleh Harian Metro, dengan jelas mendokumentasikan bagaimana tanda kedai haiwan peliharaan itu tepat di sebelah anggota TNB yang sedang dalam proses membuka gerigi besi yang melindungi kotak elektrik itu.

Terang² dah Ader signboard Dan banner mengatakan ni kedai ikan hiasan. Pihak terlibat membuat siasatan yang x tepat….

Posted by Natasha Ramanov on Sabtu, 22 Ogos 2020

Perkongsian yang dimuat naik pada Sabtu lepas ini viral sehingga meraih 831 jumlah perkongsian dan pihak polis telah tampil beri keterangan.

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, premis peniaga itu terletak di tingkat atas manakala premis disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian beroperasi di tingkat bawah.

Alamat diberi sudah betul dan kita (polis) turun sendiri tunjuk premis yang tersenarai. Ada dua kotak (bekalan elektrik) bersebelahan dan pihak TNB tersilap membuat pemotongan,” katanya.

Walaubagaimanapun, ketika pihak WORLD OF BUZZ menghubungi pemilik kedai itu, dia memaklumkan bahawa pihak TNB telah menghubunginya terhadap isu ini.

 

Baca : TNB Akan ‘Review’ Balik Mekanisme Lepas Ramai Complain Bil Mencanak Naik

Tnb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.