Sebagai rakyat Malaysia, antara perkara paling indah ialah apabila kita berpeluang mengenali, menghargai dan berkongsi budaya dengan kaum lain. Bukan sahaja meraikan kepelbagaian bangsa, malah turut sama merasai kemeriahan perayaan yang berbeza.
Semalam, masyarakat India di seluruh dunia termasuk Malaysia telah menyambut perayaan Deepavali dengan penuh meriah. Walaupun perayaan ini diraikan oleh masyarakat beragama Hindu, kemeriahannya turut dirasai dan dikongsi bersama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Bercakap tentang kemeriahan, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ellysuhaili3 telah mencuri perhatian netizen apabila memaparkan momen manis jirannya yang berbangsa India berkongsi juadah sempena Deepavali dengannya, meskipun mereka berbeza bangsa.
Artikel berkenaan: Timbalan Menteri Perpaduan Ajak Media Terus Sebarkan Mesej Perpaduan, Sambutan Deepavali Bakal Meriah Di Brickfields
Artikel berkenaan: MYDIN Cipta Sejarah, Rangkul Rekod Kolam Berputar Terbesar Di Malaysia
@ellysuhaili3Wishing everyone a Happy Deepavali! 🪔✨ I received delicious kuih and food from my Indian neighbour, whom I’ve had the pleasure of living next door to for almost 30 years. Thank you so much, Kak Nithya, for your kindness and generosity. Wishing you and your family a wonderful and blessed Deepavali ❤ Maka kami 🇲🇾♬ original sound – anasri.my
Di dalam video tersebut, turut memaparkan jiran kepada pengguna TikTok berkenaan, yang dikenali sebagai Kak Nithya, datang menghantar pelbagai juadah tradisional India seperti idli, kuah kari dan kuih-muih khas untuknya.
Menerusi kapsyen video tersebut, wanita berkenaan turut berkongsi bahawa dia dan jirannya yang berbangsa India itu sudah hidup berjiran selama lebih kurang 30 tahun.

Tempoh yang cukup lama ini pastinya menjadikan hubungan mereka lebih akrab, meskipun datang daripada latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza.
Lebih menarik, ramai netizen turut berkongsi momen mereka turut menerima juadah daripada jiran mereka di pagi perayaan Deepavali semalam.

Inilah semangat Malaysia yang sepatutnya terus kita semai! Walaupun berbeza bangsa, budaya dan agama, nilai hormat-menghormati serta sikap saling berkongsi inilah yang menjadikan kita lebih istimewa sebagai rakyat Malaysia.
Sumber: TikTok
