in

Tak Reti Buat Resume? Guna 5 Laman Web Ini Dengan Hanya Isi Tempat Kosong

Untitled 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan graduan lepasan universiti yang mahu memohon kerja atau latihan praktikal mengalami kesukaran dalam membuat resume atau Curriculum Vitae (CV). Kadang kala, mereka yang sudah bekerja berpuluh-puluh tahun juga boleh terlupa cara membuat resume.


Sering kali pemohon tidak mendapat panggilan temu ramah adalah kerana susunan informasi dalam resume yang kelihatan berterabur dan tidak menarik untuk tatapan pihak bakal majikan.

Resume memainkan peranan yang sangat penting sebagai first impression terhadap bakal majikan anda. Jadi apa yang anda perlukan adalah rekaan resume yang mantap dan kelihatan menarik.

Tanpa perlu membazir wang dengan membeli templat daripada penjual resume, sebenarnya anda boleh buat resume secara percuma di laman web yang mempunyai fungsi ‘resume builder’.

Dengan hanya mengisi tempat kosong, anda akan dapat rekaan resume yang diinginkan tanpa perlu belajar skil Photoshop atau Illustrator.

Berikut adalah senarai 5 laman web ‘resume builder’ yang anda perlu cuba:

1. Canva

Canva adalah laman web yang membenarkan anda untuk mereka apa sahaja, daripada poster, banner, sehinggalah ke resume. Anda hanya perlu membuat pendaftaran dengan menggunakan emel, kemudian pilih templat yang digemari.

Canva1

Lebih menarik, anda boleh muat turun resume yang direka secara percuma. Ya, percuma! Templat yang disediakan juga banyak, dari segi susunan maklumat sehinggalah ke warna, anda boleh ubah semuanya mengikut kreativiti masing-masing.

Canva2

Side bar menu yang disediakan di kiri skrin mempunyai banyak fungsi yang mampu mencantikkan lagi resume anda. Rekaan yang disediakan agak mudah untuk difahami oleh pengguna baru, tanpa perlu menghadapi kekeliruan dalam cara penggunaan.

2. Resume.com

Seperti Canva, Resume.com juga adalah laman web yang membenarkan pengguna untuk mencipta resume secara percuma. Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar dan kemudian boleh mulakan kreativiti sendiri.

Resume1

Templat yang disediakan juga banyak untuk dipilih. Rata-rata templat percuma di sini kelihatan kemas dan profesional, sesuai untuk mereka yang memohon kerja dalam bidang yang memerlukan profesionalisme.

Resume2

Buat anda yang gemarkan rekaan resume yang minimal dan kemas, laman Resume.com pasti menjadi kegemaran anda.

3. CV Maker

CV Maker adalah ‘resume builder’ yang tidak kurang hebatnya. Konsepnya adalah anda hanya perlu isi tempat kosong dan secara automatik, semua info akan dimasukkan ke dalam resume.

Cvmaker1

Templat yang disediakan agak terhad, namun masih kelihatan menarik jika dibandingkan dengan templat laman web yang lain. CV Maker menyediakan ruang seperti di gambar berikut, jadi anda hanya perlu isi tempat kosong dan semuanya akan siap secara automatik!Cvmaker2

Cvmaker3

4. VisualCV

VisualCV turut menawarkan servis pembinaan resume secara percuma. Dengan rekaan laman web yang kemas, mereka yang kurang mahir dalam menggunakan komputer pasti akan mudah memahami cara penggunaannya.

Visualcv1

Templat yang disediakan agak terhad, anda perlu bayar untuk menggunakan pakej premium jika mahu templat yang lebih menarik.

Visualcv2

5. Resumonk

Resumonk merupakan antara resume builder yang terkenal. Laman web ini menawarkan servis resume percuma kepada penggunanya, tetapi dengan templat yang terhad.

Resumonk1

Konsep yang digunakan di Resumonk agak mudah digunakan, iaitu dengan hanya mengisi tempat kosong. Kemudian segala info yang diisi akan disusun secara automatik di dalam resume.

Resumonk2

 

Semoga tahun 2021 ini menjadi tahun yang baik buat kita semua!

BACATuah Kerja Gila! Lekat Resume Atas Bumbung Kereta, Youtuber Berjaya Tarik Perhatian Bos BBC

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.