in

Jijik! Kambing Bunting Mati Kena Rogol Lapan Lelaki

page 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ye, tajuk yang korang baca tu betul dan bukan rekaan semata-mata. Tak sangka ada manusia yang sanggup melakukan macam tu dekat binatang. Bukan manusia agaknya. Jijik!

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang pemilik kambing telah melaporkan lapan orang lelaki kepada pihak berkuasa kerana mendakwa mereka telah merogol hingga menyebabkan kematian haiwan ternakannya itu yang juga sedang bunting.


t1
Sumber: WOB

Kejadian tersebut telah berlaku di India pada 25 Julai yang lalu di mana pemilik terbabit yang bernama Aslu menceritakan apa yang telah terjadi kepada kambingnya pada hari itu. Katanya,

“Mereka ambil kambing saya dan bawa ke sebuah rumah lama pada waktu petang. Apabila saya mengugut mereka untuk melaporkan kejadian tersebut, mereka memberitahu saya boleh melakukan apa yang saya mahu tapi mereka masih akan buat apa yang mereka nak.”

Bukan itu sahaja, kesemua suspek berkenaan turut mengatakan bahawa mereka tidak rasa takut jika dipenjarakan kerana mendakwa mempunyai hubungan dengan orang atasan.

“Mereka cuba mencabul kambing saya di halaman. Bila saya bagitau kepada penduduk kampung, mereka berjaya menangkap dan membelasah suspek tersebut. Malangnya ia membuatkan suspek makin marah dan lapan jam selepas itu mereka kembali untuk mengambil kambing saya dan merogolnya.”

t3
Sumber: WOB

Sementara itu, dilaporkan bahawa tiga suspek telah berjaya dikenal pasti sebagai Savakar, Haroon dan Jaffar manakala lima lagi daripada mereka masih belum dapat dikenal pasti. Kesemuanya kini dalam buruan polis.

Salah seorang daripada yang dituduh mempunyai masalah sakit jiwa. Pihak polis telah menghantar kambing tersebut untuk dibedah siasat dan rumah suspek telah pun digeledah. Penyelaras Respon Kecemasan India PETA, Meet Ashar mendakwa haiwan malang itu telah diseksa selepas dirogol beramai-ramai.

Jika didapati bersalah, suspek akan dikenakan hukuman di bawah seksyen 377 (seks tidak normal) dan 429 (kecurangan dengan membunuh atau maiming lembu) Kanun Keseksaan India dan juga di bawah Akta Pencegahan Kekejaman untuk Haiwan, 1960.

Apa ni dengan binatang pun sanggup buat macam tu!

Baca: Kejam! 17 Ekor Kucing Peliharaan Lelaki Ini Mati Diracun Individu Tak Berhati Perut

sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.