in

Kejam! 17 Ekor Kucing Peliharaan Lelaki Ini Mati Diracun Individu Tak Berhati Perut

Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing sangat sinonim sebagai haiwan peliharaan yang disukai dan disayangi ramai orang. Namun siapa sangka ada individu tak berhati perut yang tergamak meracun binatang comel ini.


Menurut Berita Harian, seorang lelaki pencinta kucing di Kuantan sangat terkilan dan sedih lepas 17 ekor kucing peliharaan miliknya mati akibat termakan racun. Racun tersebut dipercayai diletakkan pada sisa kepala ayam yang dimakan oleh kucing-kucingnya.

7
sumber: astro awani

Dalam kejadian di Lorong Seri Mahkota tersebut, lelaki dikenali sebagai Muhammad Nor Fiqry time tu baru pulang ke rumah dan nampak ada lebih kurang sembilan ekor kucingnya duk kerumun something. Masa kejadian, Fiqry tak ada kat rumah dan semua pintu serta pagar berkunci.

“Apabila saya lihat, ada kepala ayam tetapi saya tidak pernah bagi makan kucing kepala ayam. Saya ambil kepala ayam itu dan lihat ada cecair seperti bahan kimia,” kata Fiqry yang mempunyai 60 ekor kucing peliharaan.

3 2
sumber: berita harian

“Kucing saya tidak makan kepala ayam, mungkin mereka menjilat cecair daripada kepala ayam berkenaan sehingga menyebabkan mereka keracunan dan mati.”

Terkejut dengan apa yang jadi, Fiqry cepat-cepat buang kepala ayam tu, basuh mulut kucing dia dan bagi kucing minum air kelapa.

2 3
sumber: berita harian

“Selepas itu, beberapa kucing mula nampak seperti keletihan dan tidak bermaya serta tidak mahu makan, saya tidak syak apa-apa lagi.”

“Pagi semalam, kucing saya mula mati bermula dengan lima ekor, sebelum beberapa ekor lagi mati sehingga ke pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 17 ekor.”

5 1
sumber: berita harian
6 1
sumber: berita harian

Lepas apa yang jadi, Fiqry akui sangat kecewa dengan individu yang sanggup buat perkara tak bertanggungjawab ni kerana dia dah anggap kucing-kucing ni macam anak dia sendiri. Apa yang diharapkan, semoga perbuatan keji ni dapat balasan yang sewajarnya.

4 1
sumber: berita harian

Sedihnyaaa…siapa la tergamak racun anak-anak kucing comel ni. Korang pernah kena macam ni? Share sikit dengan admin…

Baca: Lelaki Sebak Lihat 9 Anak Kucing Peliharaan Rentung Berpelukan Akibat Kebakaran di Rumah

Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.