in

#JemimahChallenge, Ini Reaksi Pasha Ungu Bila Lagu Sendiri Trending Di Media Sosial

Jemimah5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada scroll media sosial sekarang, pasti korang akan perasan video nyanyian #JemimahChallenge yang tengah trending sekarang ini.


Jemimah Challenge ini mula tercetus apabila ada seorang peserti Program Realiti TV, Indonesia Idol Jemimah Cita mempersembahkan lagu Cinta Dalam Hati daripada kumpulan Ungu.

 

#JemimahChallenge

Jemimah2

Nak dipendekkan cerita versi yang Jemimah bawa ini memang eargasm lah! Apabila ada satu part tu Jemimah buat vocal run dalam lagu tersebut.

Video persembahannya viral dan trending di TikTok Indonesia dan merebak ke Malaysia sehingga ke pllatform media sosial lain dan ia sekaligus lagu yang hit pada tahun 2007 ini kembali trending.

Ramai artis Malaysia turut sertai cabaran ini, antaranya Ernie Zakri dan juga Aina Abdul.

Selain itu ramai juga netizen yang sahut cabaran ini sehinggakan juri-juri daripada Indonesia Idol sendiri melakukannya seperti Rossa, Judika dan ramai lagi.

 

Reaksi Pasha Ungu

Memandangkan cabaran ini tengah trending, sudah semestinya ia mendapat perhatian tuan empunya lagu sendiri, Pasha Ungu pasal versi epic yang dibawakan oleh Jemimah ini.

Semalam, Pasha ada muat naik IG Story memberikan reaksi positif dan turut ‘tumpang sekaki’ melakukan versi Jemimah ini.

 

 

 

 

Jemimah Cita

Jemimah

 

Jemimah Cita merupakan seorang siswazah Fakulti Undang-undang di Universiti Diponegoro yang terletak di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Menurut Tribun, Jemimah ini seorang yang aktif dalam organisasi yang ditubuhkan di institut pengajiannya.

Daaan izinkan aku meme~~luk di~~rimu, kali ini saja~~   K fine! Min sendiri dah terjebak!

 

Baca : “Terima kasih jadi hiburan waktu kecil dulu” – Pelakon Watak Mak Lampir Meninggal Akibat Covid-19

Llampir

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.