in

“Terima kasih jadi hiburan waktu kecil dulu” – Pelakon Watak Mak Lampir Meninggal Akibat Covid-19

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu masa kecil-kecil, filem Mak Lampir merupakan salah satu cerita seram dari Indonesia yang sering kita ulang tayang bersama keluarga.


Malangnya, aktres veteran Farida Pasha yang terkenal menerusi wataknya sebagai Mak Lampir dikatakan telah meninggal dunia pada hari Sabtu lalu akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Sinar Harian, berita pemergian pelakon ini telah dikongsikan oleh cucunya Ify Alyssa menerusi Instagram pada hari Ahad lalu.

Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada jam 7.35 malam.”

Ify juga turut meminta agar semua pihak memaafkan neneknya jika pelakon itu pernah membuat salah serta mengucapkan terima kasih atas doa yang dihulurkan oleh peminat-peminatnya.

Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan, dan doa yang telah disampaikan selama beliau (nenek) sakit hingga saat terakhirnya.”

Sebelum ini, Farida yang dilahirkan di Jawa Barat, Indonesia ini sering membawa watak seram dan telah membawa watak sebagai Mak Lampir melalui sinetron bersiri, Misteri Gunung Merapi selama tujuh tahun.

Peminat-peminat di Malaysia yang turut sama membesar dengan watak Mak Lampir ini turut mengucapkan takziah atas pemergian Farida.

Screenshot 2021 01 19 At 9.56.19 Am Down

Al-fatihah…

 

Baca: Penyanyi Indonesia Glenn Fredly Meninggal Dunia, Artis Sedih Atas Pemergian Mendadak

Screenshot 2021 01 19 At 10.05.12 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.