Persediaan kejohanan Eurovision Asia 2026 tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas tularnya sebuah video di studio latihan yang mencetuskan pelbagai tanda tanya dan spekulasi.
Dalam hantaran video berdurasi pendek yang dimuat naik menerusi platform media sosial, suasana di studio latihan kelihatan riuh apabila seorang individu penting disambut mesra oleh barisan peserta.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Lagu paling mencabar emosi” – Aina Abdul Pertaruh ‘Bluest Sky’ Ke Eurovision Asia 2026
Artikel berkaitan: Aina Abdul Bawa Nama Malaysia Ke Eurovision Asia, Ini Semua Korang Perlu Tahu Pasal Pertandingan Ini!
Individu berkenaan ialah Assaf Blecher, yang merupakan salah seorang penerbit eksekutif (executive producer) untuk pertandingan berprestij tersebut. Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah gelagat mesra seorang peserta wanita dari Filipina, Carmelle yang kelihatan teruja menyambut ketibaannya, siap berpelukan di hadapan kamera sambil disaksikan oleh kru produksi lain.
Keadaan itu dengan pantas menarik perhatian pengguna media sosial tempatan yang mula melontarkan pelbagai andaian, khususnya apabila Malaysia mengumumkan penyanyi tersohor, Aina Abdul sebagai wakil.
Antara reaksi yang menjadi bualan hangat adalah kaitan latar belakang penerbit terbabit yang dikaitkan dengan negara Israel, sekali gus membuatkan segelintir netizen berseloroh menyifatkan laluan peserta tertentu mungkin ‘sudah diatur’ atau mempunyai kelebihan dalam pertandingan itu.

Dalam pada itu, saingan Eurovision Asia 2026 ini julung kali diadakan, Aina Abdul bakal membawa pertaruhan vokal mantap menerusi projek terbarunya, Bluest Sky, untuk memukau penonton di pentas antarabangsa.
Sumber: Threads
