in

“Jatuh ke, mati ke lagi bagus..” – Seriuslah Anak Cakap Macam Ini Kat Mak Sendiri?

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Si Tanggang moden!


Itu yang selayaknya dipanggil kepada anak-anak zaman sekarang yang mengabaikan ibu bapa mereka.

Gila babi betul anak zaman sekarang

Terbaru, seorang lelaki berkongsi perbualan antara rakannya dengan seorang wanita digelar Cik Intan di Twitter.

Dalam tweet tu, rakannya, Haika telah menghubungi Cik Intan bagi mendapatkan ibu atau neneknya yang sedang menunggu di sebuah kedai makan, di Midvalley.

Mak 1
sumber: twitter

Mesej dibalas selepas 2 jam

Message asal dihantar pada pukul 1.52pm tapi cuma dibalas hampir jam 4 petang. 2 jam nenek atau ibu dia tunggu? Lamanya!

Mesti penat orang tua tu tunggu Cik Intan datang ambil kan? Agaknya Cik Intan tu bekerja kat kawasan sekitar Midvalley kot. Ataupun nak elakkan maknya penat berjalan dia suruh tunggu kat situ, kot…

Mak 5
sumber: mid valley

“Lain kali jangan tolong dia ye”

Tengah malam tu, Cik Intan sekali lagi menghubungi Haika. Tapi mesejnya kali ni memeranjatkan juga!

Dia diberitahu supaya tak bantu makcik tu kalau terjumpa lagi. Dah kenapa!?

Mak 2
sumber: twitter

“Lain kali kan kalau awak ada ternampak nenek tadi kan awak jangan tolong dia ye”

“Kalau dia nak pinjam hp awak kan, suruh call saya pun awak jangan tolong dia ye”

“Biarkan dia jatuh ke apa ke mati ke lagi bagus pada diri dia”

Sampai hati ek cakap macam ni?

Biar betul ada orang yang sanggup cakap macam ni?

Tak kisahlah apa yang dah berlaku, sama ada korang bergaduh ke, bertekak atau bertengkar dengan ibu atau nenek masing-masing. Tapi sampai hati ek buat statement macam ni?

Mak 6
sumber: twitter

Netizen pun surprised baca message tu. Tapi ada juga yang kata mungkin orang tua tu mengada-adakan cerita. Betul, tak mustahil juga.

Tapi agak-agak apa jadi dengan makcik tu ek? Siapa dia?

Anak siapalah yang biadap sangat ni. Jangan sampai admin jumpa ye, ada yang kena tarbiah sentap tak memasal nanti..

Baca: Apa Punya Anak Buang Mak Sebab Rumah Sempit?!

Mak Crop

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.