in

Apa Punya Anak Buang Mak Sebab Rumah Sempit?!

Page Mak Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah macam Si Tanggang dah kisah ni rasanya. Mana taknya anak sanggup buang mak sendiri atas alasan yang tak masuk akal!

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang ibu berusia 80 tahun telah dihalau keluar dari rumah oleh anaknya sendiri sampaikan ibu malang tu terpaksa berteduh di perhentian bas je. Dan yang lebih menyedihkan, dah setahun dia tinggal dekat situ. What?!


2 17
sumber: wob

Nasib baiklah orang awam kongsikan hal ni dekat aktivis sosial terkenal iaitu Kuan Chee Heng yang juga merupakan pengasas Community Policing Malaysia. Beliau terus bergegas ke perhentian berkenaan yang berada bertentangan dengan pusat beli belah di Serdang untuk mengetahui hal sebenar.

1 19
sumber: wob

So, daripada perbualan tu, Kuan memberitahu bahawa ibu tu ada dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Katanya sebelum ni dia tinggal dengan salah seorang anak lelakinya yang merupakan seorang tukang kasut berumur dalam lingkungan 50 tahun.

Tapi, setahun yang lalu, tiba-tiba anaknya memberitahu kepadanya bahawa rumah dia dah tak ada ruang dan dengan selamba menyuruh maknya untuk keluar dari rumahnya.

“Ibu yang dah berusia tu kemudian, kemas pakaiannya dan duduk di perhentian bas ni untuk berteduh.”

3 13
sumber: wob

Kalau nak tahu, anak lelakinya menziarahinya setiap hari di situ untuk memberikannya makanan. Walau bagaimanapun, dia masih enggan untuk membawa ibunya pulang ke rumah dan macam tak kisah orang tua tu kena tidur dekat situ. Dah kenapa kau ni??!

Nasib baik jugaklah warga emas tu masih sihat, kata Kuan. Bukan itu je, Kuan turut menghubungi anak wanita tersebut dan terkejut bila dia langsung tak menyesal dengan tindakan tak berhati perutnya. Anaknya tu siap meluahkan ketidakpuashatian dengan campur tangan orang luar dalam urusan keluarganya.

“Anaknya beritahu yang rumah dah penuh barang dan tiada ruang untuk ibunya.”

4 10
sumber: wob

Kuan kemudian memilih untuk menghubungi jabatan rumah kebajikan dan dengan bantuan pihak polis, ibu itu dihantar pulang ke rumah anaknya untuk satu malam sebelum dipindahkan ke rumah jagaan di Ulu Yam pada keesokan harinya.

Harap satu hari nanti anaknya akan sedar dengan kesalahan yang dia dah buat kat mak dia. Sampai hati biar mak dia tinggal kat hentian bas!

Baca: Kena Halau Duduk Kandang Kambing

Kena Halau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.