in

Janna Nick Muat Naik Video Dengan Hafidz Roshdi Di IG, Shu Tinggalkan Komen ‘Sindiran’?

Komen Shu Ig Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon tempatan Hafidz Roshdi menjadi bualan ramai tahun ini, rumah tangganya dengan Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi antara topik hangat kerana perceraian mereka itu terpalit dengan beberapa kontroversi.


Nurul Shuhada atau mesra disapa Shu dan Hafidz sah bercerai pada Julai lalu, perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Artikel berkaitan: Hafidz Roshdi & Shuhada Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

Artikel berkaitan: Tak Mungkin ‘Berkawan Baik’ Dengan Bekas Suami, Shuhada Titip Pesanan Makan Dalam Buat Penyondol

Terbaru, Shu memuat naik beberapa gambar di Instagram miliknya yang memaparkan dia kini sedang menunaikan ibadah umrah.

Pun begitu, baru-baru ini pelakon terkenal Janna Nick memuat naik sebuah video di Instagram miliknya di mana dia sedang lip sync dengan bekas suami Shu iaitu Hafidz Roshdi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Mereka berdua menyanyikan lagu yang berjudul Cinta Tiga Segi dan ianya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Lebih mengejutkan, Shu juga sempat meninggalkan komen di posting berkenaan dengan memberitahu lagu itu sangat sesuai dengan bekas suaminya itu.

Cats 49

Tidak cukup dengan itu, ramai yang seakan kagum dengan keberanian dan terhibur atas komen pendek bekas isterinya itu.

Cats 50

Pun begitu, setakat ini tiada komen balasan atau kenyataan lain daripada Shu tentang komen yang ditinggalkannya itu.

Aduh, berani betul Shu ye…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.