in

Tak Mungkin ‘Berkawan Baik’ Dengan Bekas Suami, Shuhada Titip Pesanan Makan Dalam Buat Penyondol

Ft Shuhada Tak Mungkin Berkawan Baik Dengan Hafidz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya Nurul Shuhada telah sahkan bercerai dengan talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.


Susulan itu, Shuhada yang ditemuramah oleh pihak media sebentar tadi sempat meninggalkan pesanan kepada mana-mana wanita yang ingin mengecap kebahagiaan atas penderitaan orang lain.

Jelasnya kepada mStar Online, ada balasan Allah pada mereka mempunyai niat yang tak baik dalam rumah tangga orang lain.

Screenshot 2023 07 27 171910

“Kepada sesiapa yang bercita-cita mahu mendirikan kebahagiaan di atas penderitaan orang lain, ingat dan percaya Allah.”

“Semua tahu Allah mampu membolak-balikkan hati manusia. Semua yang di dunia ini hak Allah.”

Shuhada juga meluahkan rasa lega rumah tangganya sudah berakhir, dia berharap agar pengalaman dilaluinya itu mampu dijadikan contoh kepada warga wanita lain agar tidak melalui perkara sama.

“Saya ingin beri semangat pada semua wanita di luar sana. Semua yang melalui fasa yang sukar ini, banyakkan bersabar.”

“Saya tahu perasaan itu sangat pedih dan perit tapi tidak mengapa Allah baik sangat. Bila kita baik, kejar cinta Allah, Allah akan ganti dengan lebih indah.”

“Dugaan yang saya terima adalah ujian supaya saya kuat dan jadi contoh baik untuk anak-anak.”

Screenshot 2023 07 27 172209

Tambahnya, dia sudah pun memberitahu yang dia sudah pun menjelaskan perkara ini kepada dua cahaya matanya. Katanya, biarpun tidak dapat berkawan baik dengan bekas suami, dia tetap akan berhubung dengan Hafidz jika ada urusan berkaitan dengan anak mereka.

“Kawan baik itu mungkin tidak tapi hubungi anak-anak supaya mereka boleh berhubung. Saya memang tak sorok daripada mereka malah sudah beritahu Umar dan Humairah yang ibu dan ayah sudah berpisah.”

Pagi tadi, Hafidz akhirnya sah bercerai setelah Hafidz mengesahkan lafaz dibuat aktor itu pada 22 Februari 2023 lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

Baca : Hafidz Roshdi & Shuhada Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

Cerai Hafidz Shuhada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.