in

“Takut I sedih ke” – Janna Nick Pelik Kenapa Tak Pernah Dapat Undangan ‘Baby Shower’ Daripada Rakan

Ft Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick meluahkan rasa sedih tentang dirinya sebagai wanita yang sedang menjalani fasa perjalanan trying to conceive (TTC).

Menerusi Threads miliknya, Janna mempersoalkan sikap rakan-rakannya yang tidak pernah mengajaknya menghadiri majlis baby shower atau gender reveal, dan hanya menjemputnya ke majlis lain seperti rumah terbuka dan sebagainya.


Artikel berkaitan : “Janji jangan lari” – Janna Nick Tak Tahan Sebak Dapat Jumpa Azar Azmi

Artikel berkaitan : “Aku tak tahu mesej tu” – Azar Azmi Terkejut Janna Nick Dedah Dirinya Nak Pinjam Duit Selama ‘Menghilang’

“I baru sedar… kawan-kawan tak pernah invite I pergi baby shower / gender reveal. Event lain, open house ke apa, depa invite je.”

Screenshot 2026 09 08 152946

Ia sekaligus membuatkan Janna tertanya-tanya jika tindakan itu adalah demi menjaga hatinya yang kini sedang dalam fasa TTC.

“So I tertanya… depa takut I sedih ka? Sumpah, I tak sedih langsung.”

Jelas Janna, sebaliknya dia gembira apabila melihat rakan-rakannya itu dikurniakan cahaya mata. Biarpun dirinya tidak menafikan ada kalanya berasa sedih, Janna mengatakan dia tetap mampu meraikan kebahagiaan untuk orang lain.

“As someone yang sedang TTC, I genuinely happy bila tengok orang lain mengandung, dapat baby, announce pregnancy, semua tu.”

“Maybe ada masa kita rasa sedih dengan journey sendiri, yes. Tapi that doesn’t mean kita tak boleh celebrate happiness orang lain.”

Bagaimanapun, Janna menjelaskan dia memahami mungkin rakan-rakannya itu berasa serba salah, oleh itu Janna menjelaskan bahawa dia tidak ambil hati mengenai hal tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan moral buat Janna untuk kekal tabah dan juga mendoakan agar dirinya dikurniakan rezeki tersebut tidak lama lagi.

Janna Janna 2

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.