“Jangan sebar gambar tapak kebakaran pusat tahfiz” – Jakim

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rakyat Malaysia terutamanya netizen digesa supaya tidak menyebarkan gambar dari tapak kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 24 orang mangsa awal pagi ini, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sumber: Berita Harian

Menurut laporan MMO, kenyataan yang dibuat Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha bertujuan untuk menjaga sensitiviti serta menghormati ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

“Jakim mohon dan menasihatkan supaya orang ramai tidak menyebarkan sebarang gambar dari tapak kebakaran tersebut untuk menghormati mangsa dan keluarga mereka.

“Semoga segala tindakan kita tidak menjadi fitnah dan mencipta sebarang persepsi negatif terhadap keindahan agama Islam,” tambah Othman.

Sumber: Berita Harian

Dalam satu kenyataan lain, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persektuan bersetuju dengan pihak Jakim dan berkata, apa yang diperlukan mangsa dan keluarga mereka adalah doa dan sokongan dari segi moral serta kewangan.

Menyebarkan gambar-gambar tersebut hanya akan menyakiti hati keluarga mangsa.”

Sumber: Berita Harian

Pun begitu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, lokasi plan pusat tahfiz tersebut sebenarnya tidak mendapat sijil layak menduduki bangunan selain ia diubah suai dari struktur asal.

Pihak Bomba dan Penyelamat sebelum ini ada menyatakan kebimbangan mereka akan keselamatan semasa kebakaran melibatkan sekolah tahfiz.

Sumber: Berita Harian
Sumber: Berita Harian

Awal tahun ini, dua buah sekolah tahfiz dilaporkan terlibat dalam kebakaran di Baling, Kedah dan Sabak Bernam, Selangor. Namun kedua-dua kejadian ini tidak meragut sebarang nyawa.

Sudah tiba masanya pihak bomba dan badan kerajaan bertindak dengan lebih serius untuk memeriksa keselamatan pusat tahfiz di seluruh negara. Janganlah ada anak tahfiz lagi menjadi mangsa akibat dari kelalaian kita. 

Baca: “Saya kehilangan seorang anak. Tetapi Allah selamatkan seorang lagi…”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!