in

“Saya kehilangan seorang anak. Tetapi Allah selamatkan seorang lagi…”

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini heboh di laman sosial mengenai kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah mengorbankan lebih daripada 20 nyawa. Tiada kata dapat menggambarkan kesedihan yang menyelubungi ahli keluarga mangsa terutamanya ibu dan bapa.


Kesedihan tersebut turut dialami Nasron Mat Yusof, bapa kepada dua pelajar tahfiz yang telah kehilangan anak bongsunya, Mohd Nizamuddin, 13 tahun akibat nahas kebakaran yang berlaku di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Capture 31
sumber: berita harian

Nasron berkata, berita yang menyayat hati itu telah disampaikan oleh seorang lagi anaknya, Zunnun Misri, 15 ketika dia menghubungi bapanya awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Panggilan memilukan hati itu diterima kira-kira jam 6.30 pagi tadi sewaktu Nasron hendak menunaikan solat subuh. Bagaimanapun, dia bersyukur kepada Tuhan kerana telah menyelamatkan seorang lagi anaknya dari menjadi mangsa nahas kebakaran.

21731365 372170793201985 4275748012658598969 N
sumber: facebook

“Zunnun melompat keluar dari bangunan sebelum dibantu orang ramai. Dia kini sedang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.”

Kali terakhir Nasron bertemu arwah anak bongsunya itu ialah ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini dan berkata dia redha dengan pemergian arwah.

21740041 1738756046433586 6498914125310287094 N
sumber: facebook

“Arwah anak yang bijak dan dia memperoleh semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.”

Kasihan pula dengar kisah si ayah ni. Tak apalah, Tuhan lebih sayangkan Mohd Nizamuddin. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Baca: Amiel masuk tahfiz untuk tolong ibu dan ayah..”- Mangsa Kebakaran Sempat Kirim Surat Terakhir

Capture 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.