“Jangan pakai plug restoran sesuka hati” – Kakak Salahkan Restoran Adik Mati Kena Renjatan Elektrik Masa Cas Padahal…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila dah nak masuk tahun 2020 ni, nampak budak bawah umur main gadget ni dah dikira perkara biasa dah sebab dah jadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.

Cuma antara perkara yang membimbangkan generasi zaman sekarang ni, tak boleh lekang dengan smartphone atau tablet tu sampai masa cas pun nak main. Dalam tak sedar nyawa kita dah terancam, buktinya ada sorang remaja lelaki ni maut akibat renjatan elektrik.

 

Meninggal dunia ‘on the spot’  

Menurut Daily Mail, remaja 13 tahun yang dikenali sebagai Liu tu mati ketika sedang main game kat phone dekat dalam sebuah restoran di China.

Doktor ada cuba selamatkan remaja lelaki tu tapi malangnya dia meninggal dunia 2 jam lepas insiden tu berlaku.

Menurut kakaknya, remaja tu tengah makan kat luar dengan kawan dia dekat satu restoran ayam goreng ni. Liu pasang charger dekat plug restoran tu untuk main game sambil cas.

Dalam rakaman CCTV, Liu tengah duduk dengan kawan dia. Tiba-tiba badan dia jadi menggeletar dan semakin lemah sampai terkulai layu. Kawan dia terus periksa keadaan Liu sebelum digegaskan ke hospital yang diiringi oleh orang awam.

Doktor sahkan yang Liu mati disebabkan kejutan elektrk, ada kesan terbakar dekat muka dan badannya.

Tak boleh terima kenyataan kematiannya adiknya kakaknya menyalahkan restoran sebab socket itu penyebab kematian kerana tak berkualiti, siap minta pihak menyiasat lagi tapi...

Sebenarnya kabel dan pengecas yang digunakan itu jenis bukan yang tulenWalaupun tak rosak apa-apa lepas insiden tu.

Menurut laporan, soket tersebut telah ditampal oleh pemilik restoran selepas diarahkan tutup selama 2 hari atas perintah pihak berkuasa.

Kes macam ni bukannya pertama kali pun, tapi, kalau nak selamat. Janganlah guna produk-produk murah dan untuk lebih selamat lagi, jangan cuba-cuba main phone masa tengah cas.

 

Baca : Pemuda Maut Kena Renjatan Elektrik Waktu Main Video Game Sambil Cas Telefon

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.