in

Pemuda Maut Kena Renjatan Elektrik Waktu Main Video Game Sambil Cas Telefon

Featured 2

Ambil iktibar daripada kisah ini supaya kita semua dijauhkan dari sebarang kecelakaan.

Kisah yang menyayat hati ini berlaku di Thailand apabila seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di rumah sewanya di Pak Chong County, Wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand.

Lelaki yang dikenali sebagai Tivara itu didakwa menggunakan telefon bimbitnya atau lebih tepat lagi bermain video game semasa dia mengecas telefon tersebut sebelum terkena renjatan elektrik.

Dilaporkan yang jari-jarinya melecur teruk akibat renjatan elektrik yang tinggi.

Hys0528E01
Sumber : kwongwah

Mayat lelaki itu ditemui saudaranya, Udon sewaktu dia ke rumah Tivara pada malam kejadian.

Ketika itu rumah Tivara berkunci dan Udon memanggil nama Tivara berulang kali namun tiada sahutan sebelum dia memutuskan untuk memecah masuk rumah tersebut.

Kemudian dia menjumpai tubuh Tivara yang tidak bermaya di atas katil dengan jari-jari yang terbakar dan hampir putus.

Ketika menjumpai mayat Tivara, saya lihat jari-jarinya terbakar tetapi tangannya masih memegang telefon bimbitnya.”- Udon

Difahamkan telefon tersebut masih lagi dalam keadaan cas pada ketika itu.

Hys0528E02
Sumber : kwongwah

Mayat Tivara kemudiannya dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum doktor mendapati yang lelaki itu sudah mati antara 3 hingga 5 jam sebelum ditemui saudaranya.

Malah doktor juga mengesahkan yang renjatan elektrik dari telefon bimbit merupakan punca kematiannya.

Jangan usik telefon yang tengah cas, pergi buat benda lain. Nanti kalau dan penuh cas telefon main lah puas-puas!

Baca : Buka pintu nampak anak kaku badan kebiruan- Budak 4 Tahun Maut Kena Renjatan Elektrik, Pegang Phone Tengah Cas Lepas Mandi

Budak