in

“Ini silap besar Shuib” – Doktor Tegur Tindakan Shuib Tunjuk Komen Negatif Netizen Pada Anaknya

shuib thalita sedih komen negatif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib berkongsi sebuah video memaparkan anak perempuanyan iaitu Thalita berada dalam kesedihan.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Thalita dilihat sedang menangis selepas membaca beberapa komen negatif terhadap dirinya.


Shuib yang merakamkan situasi terbabit memujuk sambil memberikan semangat buat anaknya yang berusia 12 tahun itu.

Artikel berkaitan: Lepas Viral Menyanyi, Anak Arwah Siti Sarah Akui Kena ‘Pulau’ Dengan Rakan Sekolah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Bagaimanapun, perkongsian video itu mendapat reaksi berbeza segelintir netizen dan seorang doktor memberikan teguran mengenai hal itu di Facebooknya.

Kesilapan seorang ayah kandung

Menurut Dr Syahr Musafir, tindakan Shuib adalah salah kerana memaparkan video reaksi Thalita yang sedang ‘down’ selepas membaca komen negatif netizen tentang nyanyiannya.

“Saya terkesan apabila melihat video rakaman oleh Shuib sendiri mempertontonkan keadaan Thalita menangis dan mengeluh kerana membaca komen-komen netizen yang menyangkal nyanyiannya.

“Bagi saya, ini silap besar apabila Shuib berkongsikan rakaman video reaksi Thalita membaca komen-komen tu. Ini kesilapan yang dilakukan oleh seorang ayah kandung.

“Seorang anak berumur baru 12 tahun belum mempunyai ‘penapis’ untuk memproses komen-komen negatif apatah lagi ‘mampu tahan’ dengannya.

“Dalam konteks ini, dia adalah mangsa yang belum bersedia nak hadap realiti dunia. Kena faham keluhan dan tangisannya itu adalah BUKTI dia TIDAK bersedia.”

Ujarnya lagi, jika anaknya membaca komen-komen negatif itu tanpa pengetahuannya, Shuib perlu menghentikan bacaan itu dan memujuk anaknya dengan cara yang lebih baik.

“Jika Shuib sendiri yang tengok komen-komen tu dan berikan kepada Thalita supaya baca kemudian rakam video dan menjadikan video ini sebagai konten meraih tontonan ramai, ini memang salah dan merupakan satu sikap ayah yang tidak bertanggungjawab.”

Dalam pada itu, Dr Syahr Musafir juga menasihatkan perlunya memberikan panduan sewajarnya jika si anak mahu menjana kewangan pada usia sebegitu.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.