Masalah jalan berlubang atau rosak memang menyusahkan kerana bukan sahaja menyebabkan kesesakan jalan raya tetapi lebih buruk menjadi punca kemalangan hingga mengorbankan nyawa.
Ada kalanya, masalah jalan berlubang ini lambat diselesaikan kerana aduan tidak mendapat perhatian pihak berwajib.
Seperti perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang individu dirakam sedang mengecat perkataan ‘duit saya’ di atas jalan yang baru sahaja diturap.
Artikel berkaitan: ”Terima kasih orang baik” – Penuhkan Lubang Dengan Batu, Orang Ramai Puji Tindakan Penunggang Moto Ini
Artikel berkaitan: “Habis rim kereta saya bengkok” – Sultan Johor Titah Baiki Jalan Berlubang & Rosak
Menerusi hantaran tersebut, katanya jalan berturap itu berdekatan Taman Sentosa, Klang dan difahamkan telah membuat aduan kepada pihak berwajib namun tiada tindakan.
Jalan berlubang sampai ada penunggang motor jatuh. Dh adu kpd Adun Taman Sentosa Klang tetap tiada tindakan. Akhirnya org awam baiki dgn duit sendiri !!
Apa gunanya ada kerajaan mcm ni? pic.twitter.com/9UNjOT2VUZ
— Naratif Rakyat 🇲🇾 (@NaratifRakyat) January 9, 2024
Dalam video berdurasi 27 saat itu, individu terbabit menyatakan tindakan itu dibuat bagi memberikan mesej jelas bahawa kerja-kerja baik pulih jalan yang berlubang di kawasan itu dibuat menggunakan wang orang awam.
“Ini duit saya. Ini bukan duit YB. Kita buat begini (mengecat) supaya mereka tak claim. Faham tak?” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang melihat video itu turut mempertikaikan pihak berwajib di kawasan berkenaan yang didakwa lambat menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di situ.
Namun, ada yang mengatakan masalah jalan berlubang sepatutnya diadukan kepada pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran.
Sumber: X