in

Tular Video Lelaki Bog*l Atas Bumbung Rumah, Rupa-rupanya…

Kes Lelaki B Atas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang dilihat berjalan di atas bumbung sebuah rumah dalam keadaan berbogel.

Video yang menjadi tanda tanya ramai itu akhirnya terjawab apabila difahamkan lelaki berkenaan dipercayai kurang siuman dan kemudian telah diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selepas ditemukan berjalan di atas bumbung rumah dekat Taman Sri Andalas, Klang pagi tadi.


Menurut Sinar Harian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian itu daripada pemilik rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan pada jam 6.53 pagi sebelum bergerak ke lokasi.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Tanam Mayat Belakang Rumah, Polis Sahkan Motif Pembunuhan Kerana Sebar Gambar Bogel Rakan

Artikel berkaitan: Warga Tempatan Marah, Wanita Jerman Berbogel Ketika Pertunjukan Kebudayaan Di Bali

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan awal dan mendapati seorang lelaki berusia 30-an dipercayai kurang siuman berada di atas bumbung rumah pengadu.

“Anggota kemudian mengambil pendekatan memujuk lelaki tersebut sebelum dia selamat diturunkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lelaki itu difahamkan telah diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut sebelum operasi menyelamat tamat pada 8.05 pagi.

Terdahulu, video yang tular itu telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang menuduh lelaki itu terlibat dengan kes pecah rumah atau curang dengan pasangan orang.

Sumber: Sinar Harian, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.