in

“Habis rim kereta saya bengkok” – Sultan Johor Titah Baiki Jalan Berlubang & Rosak

Rim Tayar Sultan Bengkok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila timbul isu jalan raya rosak, berlubang dan berlopak, kita sebagai pengguna tentunya berasa tidak puas hati dengan tahap kualiti jalan.


Namun, bukan rakyat marhaen sahaja yang mengeluh dengan masalah jalan raya, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga turut mengalami isu sama.

Isu itu diluahkan baginda mengenai kerosakan Jalan Johor Bahru-Mersing dan berharap Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan untuk membaiki jalan yang rosak teruk dan berlubang, lapor Berita Harian.

220124 Tahuhakanda 01 02 1024X1024 1

“Saya berharap supaya peruntukan pembaikan jalan Persekutuan disalurkan untuk membaiki laluan Lebuhraya Pasir Gudang dan Jalan Johor Bahru-Mersing yang berlubang dan amat membahayakan pengguna jalan raya.

“Habis rim kereta saya pun bengkok” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail baru-baru ini.

336255609 887507725837584 251466904419040742 N

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng-Senai kepada enam lorong.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju untuk melaksanakan beberapa projek naik taraf jalan raya persekutuan dan lebuh raya.

Antaranya projek naik taraf jaringan lebuh raya ke Pengerang dengan membina lorong memotong di Senai-Desaru Expressway, serta projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan laluan Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa Satu kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.

Baca: Sultan Johor Titah Pecat AJK Masjid & Surau Jika Benarkan Penceramah Tiada Tauliah Beri Ceramah

Sultan Johor Ceramah Agama

Sumber: Bjak
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.