in

Ingatkan Perompak Ni Pecah Masuk Rumah Lelaki Sebab Nak Curi Barang Berharga, Tapi Apa Yang Dia Buat, Korang Takkan Percaya….

Pic Peromak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hat ni admin tak tau nak kata macam mana takut pun yer jugak kelakar pun ada, panjang akal betul penjenayah-penjenayah ‘era moden’ ni.


Yela..biasanya kalau rumah dipecah masuk, habis barang-barang dalam rumah disepahkan selain ‘perompak’ ni akan mencuri segala barangan berharga yang ada dalam rumah tu.

Nak harap perompak tu masih ada dalam rumah, memang tak mungkinlah kan.

Tapi apa yang berlaku kat sorang lelaki yang mahu dikenali sebagai sapik ni memang ‘win’ habis..korang kena baca sampai habis tau.

Menerusi entri terbaharu dia kat instagram miliknya haihsapik, menceritakan saat-saat rumahnya kena pecah masuk dengan seorang lelaki ketika dia dan isteri keluar makan..wehh penjenayah sekarang ni menjadi-jadi plak.

Kisah ni berlaku petang semalam di rumah sewanya yang terletak di Taman Sri Andalas, Klang.

Waktu dia sampai rumah, lepas ‘dating’ dengan isterinya , dorang perasan yang rumah berselerak lepas tu ada kasut lelaki yang tak dikenali di bahagian dapur dan aircond pun terbukak waktu tu.

“aku dgn bini syak dia ada lagi kat dalam umah aku, aku terus call polis, polis klang sampai dgn pantas, naik atas dia dok berkunci dalam bilik utama….pecahkan pintu bilik, tgk mangkaq ni ada kat dalam..”

Korang memang takkan sangka apa yang lelaki tu buat lepas polis pecahkan pintu bilik tu.

“……mangkaq ni siap isap syabu atas katil aku, dan makan megi…hahah”

Antara ‘bukti best’ yang sapik sempat snap

 

1.  Spender

Report Sapik 2

2. ‘Barang’ isap syabu

Screen Shot 2018 12 10 At 10.07.55 Am

3. Ubat gigi, duit singgit & lighter

Screen Shot 2018 12 10 At 10.08.03 Am
Sumber : sapik

Laporan Polis pun dah buat…

 

Report Sapik

Sapik berkata hasil pemeriksaan jumpa 1 lelaki sabahan tengah menyorok bersama barang yang dicuri iaitu kamera jenama fuji X 100, beg, laptop jenama HP dan beg, serta dron..perghh! gajet semua dia tibai.

Katanya polis telah tangkap suspek dan bawa ke balai polis klang utk tindakan lanjut.

Admin rasa lah kan, mamat tu mesti tgh ‘high’ tu yang masa kena tangkap pun dia mamai-mamai lagi.

Korang kat luar sana, make sure kalau nak keluar inform jiran awal-awal okay sebab malang tak berbau.

Baca : [VIDEO] Tak Sampai 20 Minit, Perompak Pecah Rumah Bawa Lari Barang

Page 5 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.