in

Remaja Lelaki 14 Tahun Antara 12 Individu Menyerupai Wanita Terlibat Dalam ‘Pertandingan Ratu’ Ditahan

Ft Lelaki Menyerupai Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara berpakaian menyerupai wanita, seramai 12 individu berusia antara 14 hingga 40 tahun ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di Kampung Hidayat 2, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah, awal pagi tadi.

Penahanan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan penganjuran sebuah pertandingan ‘Ratu Pondan’ berdasarkan maklumat awal yang diterima pihak berkuasa mengenai aktiviti berkenaan.


Artikel berkaitan : Isu Lelaki Berpakaian Wanita, Menteri Agama Gesa JAWI Ambil Tindakan

Artikel berkaitan : Video Tular Lelaki Berpakaian Wanita: MOTAC & Tourism Malaysia Dakwa Logo Diguna Tanpa Kebenaran

916699726 122111741793538512 1056338163971853761 N

Menurut Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Semporna, Mohd Juseph Ahmad Kapala, operasi berkenaan berlangsung dari jam 11 malam hingga 3 pagi.

Operasi tersebut diketuai sendiri oleh beliau bersama lima lagi pegawai JHEAINS, selain turut mendapat kerjasama daripada 11 anggota polis dari Balai Polis Pulau Bum-Bum bagi menjalankan penguatkuasaan undang-undang berkaitan.

911907371 122111741673538512 2726407713987531672 N

“Dalam operasi ini, kami menahan 12 individu masing-masing berumur antara 14 hingga 40 tahun yang berpakaian menyerupai wanita ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi JHEAINS Semporna, hari ini.

913994457 122111743299538512 7782717661047432878 N

Hasil pemeriksaan mendapati, empat daripada individu yang ditahan merupakan warga asing yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Sementara itu, baki individu yang lain pula memiliki dokumen pelarian IMM13 serta kad pengenalan Malaysia.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa turut merampas beberapa barangan di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk penganjuran pertandingan tersebut, termasuklah piala, sijil dan juga hamper.

Sumber : Harian Metro, Facebook JHEAINS Semporna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.