in

Pengemis Lumpuh ‘Kantoi’, Lari Lintang Pukang Lepas Ditawar Picagari Untuk Pulihkan Penyakit

Ft Kantoi Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, ada segelintir pihak yang sanggup berlakon sebagai orang kurang upaya atau sakit demi meraih simpati orang ramai semata-mata nak dapat duit dengan cara mudah. Kadang-kadang lakonan mereka ni memang cukup meyakinkan sampai buat kita rasa serba salah kalau tak tolong.

Namun, lain pula ceritanya dalam sebuah video yang tular baru-baru ini apabila temberang seorang pengemis yang mendakwa dirinya lumpuh terbongkar dengan cara yang cukup melucukan!


Artikel berkaitan : Guru Wanita ‘Kantoi’ Jalin Hubungan Terlarang Dengan Pelajar, Siap Bawa ‘Check In’ Hotel

Artikel berkaitan : Sering Bagi Alasan OT, Isteri Orang Kantoi Berkhalwat Dengan Warga Asing

Menerusi video berdurasi lebih empat minit tersebut, seorang lelaki bersama rakannya dilihat menghampiri seorang pemuda yang sedang terbaring di atas jalan sedang meminta sedekah. Pemuda itu mendakwa kedua-dua belah kakinya mengalami kelumpuhan dan tidak mampu berjalan.

Selepas membuat pemeriksaan olok-olok menggunakan stetoskop di dada lelaki tersebut, perakam itu kemudiannya mengeluarkan ‘senjata rahsianya’ iaitu sebuah picagari (jarum suntikan) yang bersaiz besar.

Perakam berkenaan memberitahu dia ingin menyuntik ubat terus ke bahagian kaki pemuda itu, kononnya untuk memulihkan kelumpuhan yang dialaminya.

Melihat jarum suntikan yang terlalu besar dan berbahaya di depan mata, riak wajah pengemis tersebut berubah menjadi sangat panik dan gelisah.

Kemuncak kejadian berlaku apabila rakan perakam cuba memegang badannya untuk bersedia disuntik. Bagaimanapun, tanpa berfikir panjang, lelaki yang kononnya lumpuh itu tiba-tiba melompat bangun dan terus memecut lari selaju mungkin meninggalkan tempat kejadian!

Rakaman itu turut menunjukkan rakan perakam sempat mengejar pengemis tersebut sambil ketawa melihat penipuannya yang terbongkar sekelip mata.

Sumbe : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.