Sejak Covid-19 di negara ini makin berleluasa, semakin ramai insan yang menjadi mangsa korban wabak berkenaan. Sudah semestinya, ini menjadi ujian yang besar buat ahli keluarga si mati yang rata-ratanya tak dapat untuk bertemu dengan ahli keluarga mereka buat kali terakhir.
Seperti kisah sedih menimpa seorang pemuda ini, yang kehilangan beberapa ahli keluarga tercinta dalam masa singkat dan masih ada yang bertarung dengan wabak berbahaya tersebut
Ibu & Abang meninggal dunia.. Sayu berada di sisi pusara
Baru-baru ini, sebuah posting yang dimuat naik di akaun Twitter @yein654 menjadi perhatian netizen. Pemuda tersebut atau mesra disapa Ayien menyatakan bahawa dia kehilangan ibu tercinta telah meninggal dunia pada 29 Julai lalu selepas disahkan menghidap Covid-19 tahap 5 dan difahamkan juga ibunya telah dikomakan sebelum ini.
Tak cukup dengan ujian itu, selang beberapa hari kemudian abangnya pula pergi menghadap ilahi selepas turut disahkan menghidap penyakit yang sama.
Ayien nyata tersentak dengan kejadian itu, dia turut mendedahkan bahawa kakaknya kini masih berada dalam keadaan koma dan berada dalam keadaan kritikal di samping pakciknya yang kini turut dimasukkan ke dalam wad. Besar betul ujian orang yang kuat ni.
Sebuah video dimuat naik Ayien, menunjukkan dia yang kelihatan sayu dan sedih ketika berada di sisi pusara ahli keluarganya itu sambil perlu memakai sut PPE sambil ditenangkan oleh seorang petugas kesihatan.
Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abg pulak meninggal semalam 1 Ogos juga disebabkan covid stage 5. Harini mendapat perkhabaran kakak sy yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya xkuat dah😭 pic.twitter.com/GUbnAnyJ2M
— Ayien©️ (@yein654) August 2, 2021
“Tak dapat bayang, apa yang tengah dia lalui sekarang”
Di ruangan komen akaun Twitter dia, ramai yang turut bersimpati dengan nasib menimpa Ayien. Di samping ramai juga mengirimkan takziah kepadanya, ada juga yang menyampaikan kata-kata semangat buat pemuda berkenaan dan meminta dia supaya tabah dan kuat menempuh ujian yang tiba.
Min tak dapat nak bayang perasaan sesiapa yang kehilangan ahli keluarga akibat pandemik ni. Sama-sama kita doa, dan berusaha supaya rantaian Covid-19 ni dapat diputuskan.
Baca : “Dia syahid nek” – [VIDEO] Sebak! Warga Emas Menangis Anak Lama Tak Jumpa, Meninggal Akibat Covid-19