Hari demi hari, jumlah kematian akibat Covid-19 menunjukkan angka yang merisaukan dengan semalam saja sebanyak 219 kes kematian baharu dicatatkan.
Secara tidak langsung, ini menjadi cabaran buat ahli keluarga mangsa yang telah meninggal dunia apabila mereka tak dapat mengucup insan tersayang buat kali terakhir bagi mematuhi SOP bila mangsa disahkan positif wabak tersebut.
Menangis van jenazah lalu depan mata
Terbaru, sebuah video berkenaan reaksi seorang ibu kehilangan anaknya yang menjadi mangsa wabak Covid-19 mendapat perhatian netizen.
Menerusi perkongsian di TikTok, beberapa buah video menunjukkan situasi di mana ahli keluarga cuba untuk menenangkan seorang wanita warga emas yang terlampau sedih apabila ‘kepulangan’ anaknya bukanlah seperti diharapkan.
Menurut cucu kepada wanita berkenaan, Ahmad Fazli menyatakan bahawa Allahyarham Abdul Aziz Bin Bulat yang juga pakciknya ada menyatakan hasratnya dan berjanji akan pulang ke rumah. .
@angahhbo 31 julai 2021..tenanglah abdul aziz bin bulat..covid is real..#covid19 #xyzbca #fyp #fypシ
@cinta88_1808
Arwah kena serangan jantung… Nenek nak panaskan rendang sehari sebelum
Menurut perkongsian di laman Facebook pula, Allahyarham Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai yang lalu. Dia telah dimasukkan ke hospital sebab mengalami serangan jantung, dan disahkan menghidap Covid-19 beberapa hari kemudian.
Sebelum kisah sedih ini berlaku, rupanya ada cerita sayu tentang seorang insan bergelar ibu yang tak sabar menunggu kepulangan anak tersayang.
Kira-kira sehari sebelum pemergian arwah, anak saudara arwah ada mendedahkan bahawa neneknya ingin memanaskan lauk rendang untuk disaji kepada pakciknya itu. Tapi tak jadi kerana neneknya merasakan bahawa arwah akan pulang dalam masa sehari dua lagi. Paling menyedihkan bahawa kepulangannya adalah dengan cara sebegini.
Sebagai tambahan, allahyarham telah selamat dibawa pulang dan dikebumikan di kampungnya di Melaka.
@cinta88_1808 😭😭😭
Besar betul ujian yang menimpa ahli keluarga mereka. Semoga rohnya dicucuri rahmat.