in

“I minum je air manis, makan pisang goreng tapi..” – Rahsia Mudah Tapi ‘Seksa’ Wanita Ini Hilang 12kg Dalam 4 Bulan

Kuruskanbadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, kalau nak turunkan berat badan hanya perlu diet dan bersenam. Tapi kunci utama untuk mendapatkan kesan yang optimum adalah diet kerana 70% datang dari cara pemakanan kita.


Info mengenai jenis-jenis diet popular yang dikongsikan di media sosial sudah cukup berguna untuk dijadikan panduan dan rujukan cuma tak kisah lah apa jua jenis diet seperti Paleo, Atkins, Vegan, Raw mahupun Intermittent Fasting sekalipun kalau tak konsisten, memang tak jalan.

Wanita yang dikenali sebagai Keyshaa ini ada caranya tersendiri, cara yang begitu mudah tapi kena konsisten!

 

Petang i makan mee goreng ke bihun ke haaa apa apa lah yang i nak makan. TAAAPIII…..

Beratbadanideal

Dengan ketinggian 158 cm, baginya berat 60 kilogram bukanlah berat ideal bagi seorang wanita. Dia bertekad untuk menurunkan berat badannya dengan cara tersendiri.

Seperti individu lain, pasti bersenam dan berpantang dalam pengambilan makanan merupakan satu perkara sukar.

“Tahun lepas berat aku 63kg, memang gemok gila aku rasa. 4 5 bulan jugak aku nak turunkan berat aku. Aku malu babe badan aku gemok, so aku nekad gila babi nak diet. Now berat aku 50-51kg aku harap maintain jela weh, tak larat lah nak dietseksa gilaaaa!!!

I takde tips sangat pon. Masa on diet i tak makan nasi langsung. And cara i diet bukan lah diet yang sihat. I tak berani nak cakap lebih lebih takut kena kecam sebab diet i tak sihat

4 ke 5 bulan jugak kot i tak makan nasi, and i makan je apa i nak makan. Pisang goreng yang banyak minyak tu i bedal je. Tapi tak selalu laa makan makanan camtu. hahaha kalau orang tengok pon, mesti dorang cam ermmm diet apa macam tu. Bende yang berminyak pon makan.”

Bagaimanapun dia akui cara diet yang dia lakukan ini bukanlah gaya yang elok, dan dia sendiri sarankan cari orang lain yang lebih arif dalam bab-bab ini.

 

Sehari 2 kali je makan..Malam tak makan

Kurus
Sumber : twitter

Dia langsung tidak ada pantang, makanan berminyak, berkolestrol tinggi malah air manis pun dia minum, cuma dalam kuantiti yang sikit.

Tambahnya lagi dia pernah melakukan senaman tapi cuma bertahan hanya 2 bulan kerana kurang disiplin. Jadi salah satu cara yang dia boleh ikhtiar hanya jaga kuantiti pengambilan makan.

“Kalau korang nak tahu, sehari 2 kali je i makan masa tu. tengah hari roti ke biskut ke and seangkatan dengannye lah. Petang i makan mee goreng ke bihun ke haaa apa apa lah yang i nak makan. TAAAPIII i makan sikit jee time tu. and MALAM I TAK MAKAN –

Air manis i minum jugak tapi masa lepak kedai makan je. Kalau kat rumah i minum air suam suam gitu. haha so nak bagitahu lah ni, i ni pemalas sikit. nak kurus tapi malas. malas nak work out. Ada lah sebulan dua je, jogging kat taman and gi gym cardio semata. bazir duit aku

So erm tu jelah kot i boleh share. Kalau korang nak diet yang sihat, korang boleh laa refer kat sape sape yang jagoh bab bab ni. Kalau ikut i hahaha memang tak lahh nak pantang tu pantang ni.”

Hmm, berdasarkan pemerhatian admin dia ada ikut cara-cara IF sikit tapi ada kelainannya. Cuma apa yanga dmin salute pasal dia ni, konsisten.

Macam admin katakan kalau tak konsisten, buat macam mana sekalipun pasti susah nak ada hasil. Jadi, kalau korang yang jenis kental macam wanita ini, boleh lah cuba. Cuma seeloknya ikutlah gaya sihat.

 

Baca : Daripada 183Kg Kini 73Kg, Lelaki Ini Kongsikan 10 Tips Nak Kawal Nafsu Makan

Kawalnafsumakan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.