in

Daripada 183Kg Kini 73Kg, Lelaki Ini Kongsikan 10 Tips Nak Kawal Nafsu Makan

13238914 10154180142299872 5006253220100242470 N 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita lihat sekarang, ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan, ia boleh dikatakan satu pencapaian yang begitu baik sekali.


Namun begitu, ramai yang mengalah ‘ditengah jalan’ dan tidak ingin menuruskan hasrat mereka. Antara penyebab utamanya adalah gagal mengawal nafsu makan.

Sebagai individu yang pernah menjadi obesiti seberat 183kg, Jazli Hassan sendiri pernah merasakan situasi tersebut.

Akui memang sukar tapi dia kini sudah mendapat berat badan idea 73Kg secara sihat! Baca perkongsian ini untuk menjadi inspirasi kepada anda yang ingin melakukan perkara yang sama.

 

10 TIPS CARA MENGAWAL NAFSU MAKAN 

29365858 10156238167834872 1419728729914998784 O

Terima kasih kerana sudi membaca Perkongsian saya “10 TIPS CARA MENGAWAL NAFSU MAKAN KETIKA SAYA MENURUNKAN 183KG KE 78KG”Saya tulis berdasarkan hasil pengalaman dan suka duka saya lalui untuk sampai ke tahap hari ini..Sila Tag atau share pada Kawan-kawan Mudahan dapat berikan kebaiakan buat mereka semua..selamat membaca dan fahami..sharekan pada yang lain jika ia bermanfaat sebarkan kebaikan ini..

 

1) Baca doa sebelum makan.

13232987 10154180142294872 3346251910419162235 N

Nampak simple mengikut pemerhatian saya dan hasil pengalaman saya antara beberapa kali kita makan jarang-jarang kita baca doa…lagi-lagi kalau berhadapan dengan makanan yang sedap.Cuba berdoa sampai habis lihat makanan dengan ketenangan nak nikmati makanan secara pelahan-lahan..

Berdoa menguji kita bersabar dan muhasabah diri ketika berhadapan dengan makanan di samping itu mengajar kita bersyukur.jangan malu untuk buat perubahan..sedikit perubahan akan berikan kesan mendalam.

 

2) Berbisik dalam hati.

13238914 10154180142299872 5006253220100242470 N

Ramai yang suka berbisik dengan suara hati sesuatu yang negatif lagi-lagi ketika terlihat orang makan yang sedap-sedap..akhirnya muncul lah…”HIDUP INI SEMENTARA RUGI KALAU TAK MAKAN”..

Cuba latih aku makan untuk hidup bukan hidup untuk makan…setkan dalam minda selama bereberapa tahun aku hidup berikan peluang untuk diri aku sendiri membuat perubahan sebelum terlambat…selalunnya bila dah terlambat baru nak berubah makan yang baik2..Cuba berkata atau berbisik dalam hati sesuatu yang positif.

 

3) Mulakan dengan meminum air dahulu atau makan buahan dan serat.

13177891 10154180142304872 4877376436245563980 N

Zaman nabi dahulu.Mereka mulakan dengan meminum air atau makan dengan buah-buahan atau dengan syuran yang berserat.sebelum menjamah makanan yang berat-berat.

Berhenti sebelum kenyang..hal ini bila kita makan buahan dan serat dahulu atau dahulukan dengan air…kita dapat stabilkan asid dalam perut dari menganas punca nafsu kita naik macam setahun tak makan.tenangkan fikiran jangan ikutkan hati..

Makanan sedap sentiasa ada dan semakin hari semakin banyak menu sedap-sedap…tapi kesihatan sihat sekali sahaja datang kalau dah sakit perlukan masa lama untuk sembuh..

 

4) Makan perlahan-lahan dengan ketenangan

44823538 10156785296449872 5240026342124158976 N

Dalam sepuluh orang pemerhatian saya di kedai makan.hanya dua atau seorang yang baca doa dan mula menjamah secara pelahan-lahan menikmati makanan…yang lain kalau order datang lambat siap marah-marah..ada makanan panas pun dia kunyah juga..sebab tu bila dah habis satu pingan maknan pun rasa tak kenyang..

Penghayatan dan nikmat makanan itu tak ada…makan ikutkan hati yang bertopengkan nafsu makan yang membuak-buak…kawal dan anda boleh cuma hati sentiasa berbisik yang negatif…macam-macam alasan timbul.

 

5) Jangan terpedaya dengan rupa makanan.

37357335 10156541510554872 7461678405969248256 N

Zaman serba canggih nie bukan nafsu makan je membuak-buak hospital pun makin penuh dengan orang sakit.Mana taknya pantang tengok iklan makan yang hebat dan pelbagai kreativity..Sabar awak jadi pengguna yang bijak dan berilmu jangan ikut nafsu..

Orang tu meniaga makin ramai orang makan makin maju perniagaannya…kita nak support bussines diorang boleh cuba makan dengan penuh bijaksana….janganlah makan dah lewat malam…bahaya!

Kena ingat nafsu tu ego kita…perangai kita…emosi kita…awak tu mastermind untuk seluruh fungsi tubuh awak…dulu saya selalu kata dalam diri saya jauh dah aku berusaha kalau sebab makanan nie aku tewas..memang aku seorang loser..

 

6) Makan kerap tapi sedikit-sedikit.

36228648 2654095037949736 2022006938656571392 N

Ini paling sikit orang buat…Cuba bertenang sabar dan muhasabah diri…Helloooo makanan dekat malaysia terlebih dan antara negara paling banyak pembuangan sisa makanan.So situ kita dah boleh tahu peratus nak kebuluran tak akan..

Cuba latih makan makanan yang sihat.bila kita ambil sedikit-sedikit tapi kerap dapat melatih kita makan ikut kuantiti kecil tapi kerap…berbanding kuantiti besar tapi sedikit lama ia akan jadi saiz yang besar …

Satu lagi bila kita masukkan makanan kerap dalam perut kita ia dapat mengawal proses kelaparan terlampau kerana ia dapat mengawal keaktifan asid dari menganas…jangan amalkan makan waktu tak betul itulah punca nafsu makan buaya anda timbul..

 

7) Sentiasa ingat mati.

31123808 10156331095849872 3790546103166828544 N

Jangan takut!!!! Mati itu pasti.Cuba makan sesuatu yang sedap itu kita ingat mati.Bila kita ingat mati kita akan lebih bersyukur.

Mental kita akan berubah secara Automatik.Selama ini kita makan bukan gunakan akal tapi gunakan nafsu serakah yang tak tentu pasal rakus meratah makanan…

Bila sakit 3 serangkai datang baru sibuk nak cari pemakanan sihatlah…ubah gaya hidup sihatlah..saya dulu hanya asid Refluck je baru kawal makan kaw-kaw..semua sekat minyak.pedas,lemak,masin terlampau…

Jangan buat sesuatu yang bodoh lagi…cuba jadi seorang yang pandai menikmati makanan dengan cara betul….makan dengan keadaan bersyukur baru kita berjaya kawal nafsu makan..

 

8) Rancang pemakanan sebelum pergi makan.

34845066 10156444582339872 5484223562506043392 N

Latih diri untuk pergi makan di luar latih diri baca menu awal- awal untuk merancang diri ini makan dengan tenang.Bila kita ada perancangan kita akan ada kesabaran sekaligus dapat kawal nafsu pemakanan kita menjadi lebih baik…

Jangan perut dah lapar sangat baru nak cari kedai makanan..pastu semua ada dalam menu nak order..orang hantar salah order pun balun katanya dah lapar..sebab salah kita sendiri tak rancang masa dan waktu makan dengan betul serta tempat pemilihan makan salah main hentam je….

Nak latih membuat perubahan memang banyak pengorbanan..tapi demi kebaikan…dulu saya siap tanya awal–awal tempat tue makanan macam mana…masakan apa ada….

 

9) Belajar “THROWBACK” dan “MEMORY RECALL”

33871305 10156416128164872 211201185669971968 N

Saya dulu bila di uji depan makanan sedap saya mesti terbayang suka duka saya buat senaman macam separuh mati,saya dah korbankan pelbagai untuk sampai ke sesuatu tahap takkan saya nak ikutkan nafsu makan macam-mcam hanya dalam beberapa minit sahaja semuanya musnah.

Bila susah juga saya akan memory recall balik kenapa saya nak berubah bila dah menusuk kalbu baru saya tersedar bertapa jauh lagi perjalanan saya….secara automatik saya akan dapat mengawal nafsu saya…lama kelamaan saya semakin ingat pada matlamat saya.

 

10) Ikhlaskan hati dan redha.

28660910 10156198231599872 6950781716713701376 N

Sekuat mana pun nafsu makan kita cuba juga hayati cara ikhlaskan hati dan redha.Lama-lama anda perlu juga berubah.sesuatu nikmat yang sedap ini tak kekal lama..dulu saya suka makan nasi lemak paru,mee goreng mamak telur mata dengan ayam goreng…

Sekejap je sedapnya masuk mulut kunyah telan esoknya jadi najis keluar tapi akibat kita ikutkan nafsu saya di serang sesak nafas teruk dari situ saya mula belajar ikhlaskan hati dan redha..saya setkan dalam minda saya cukupkan saya seksa diri saya dengan makanan…tiba masanya saya buat perubahan..selagi berkesempatan untuk berubah…berubahlah percaya cakap saya bila kita makan ikut nafsu hancur binasa kita….

Mudahan sedikit perkonsgian pengalaman saya ini dapat berikan kesedaran bahaya kita mengikut nafsu makan kita..janganlah ikut nafsu makan kita..banyak saya terlihat di hospital-hospital terlantar menyesal dengan kehidupan mereka yang terlalu mengikut nafsu ketika makan….sila share dan tagkan pada sahabat-sahabat anda yang obesiti…

 

Baca: Lelaki Kongsi Pengalaman Perit Menjadi ‘Gemuk’ Setelah Berjaya Turunkan Berat 100kg

From 183Kgs To 80Kgs This Malaysian Man Shares The Struggles He Endured World Of Buzz 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.