in

“I ada perut nak kena isi” – Guna Alasan ‘Skills’, Photographer Ini ‘Sekolahkan’ Klien Minta Khidmatnya Tapi Tak Nak bayar

Photog3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang, jenis kerjaya bukan lagi pengukur taraf kejayaan seseorang itu, pandai bawa diri, dapatlah habuan.Skill tu yang mahal, kalau pandai asah boleh jadi perniagaan.


Tapi tak sangka masih wujud lagi sikap-sikap segelintir individu yang anggap kemahiran seseorang itu hanyalah hobi semata-mata dan cuba ambil kesempatan terhadapnya.

Tak perlulah anggap fotografi ini hanya suka-suka tapi bukannya kerjaya seseorang.

 

Minta photoshoot tak dibayar dengan alasan dapat naikkan skill

Jurugambar Azma Redzal disapa oleh seorang peniaga, mereka memerlukan khidmat photographer untuk mengiklankan produk jualannya.

Tapi apa yang tak enaknya, cara pelanggan tu minta khidmat Azma ni nampak macam orang tak ada sivik.

Dah lah minta tak bayar, alasan pun macam haram j.

Photog

“Aku ni photographer biasa biasa je. Tapi kecik jugak hati aku, dah 2019 ada lagi orang pandang rendah kat kerjaya ni. Nak je aku suruh dia jahit baju 100 helai bagi aku, boleh dia naikkan skill pekerja dia.”

Menurut Azma, dia sudah berkecimpung dalam bidang fotografi ini sedah 3 tahun, akui dirinya masih di tahap biasa, dia tersinggung apabila alasan yang diberikan oleh peniaga ini untuk minta khidmatnya.

Disebabkan itu, dia terus menempelak sampai peniaga itu tergamam.

 

Faham pasal skills, tapi ada perut nak kena isi dan ada kereta nak isi minyak – Respon jurugambar

Photog2

 

 

Tulah yang nak isi dalam periuk nak bagi makan anak bini

“Bila nak hire photographer, ambil kira sekali kos dia ke lokasi, tenaga dia tgkp gambar 2-3 jam nonstop, kena pakai canon nak patah tengkuk woi! Editing ni sekeping gmbr mmg seronok, kalau dah 800 gambar memang tiba tiba kau akan rasa nak terajang sesuatu.

Dan pada yang tak tahu, camera ni ada umur dia. Setiap shot tu boleh kurangkan umur dia (unless kamera kau harga belas ribu). Nama dia shuttercount. Dah sampai limit, kena beli baru. Beli baru bukan pakai skill, bukan pakai nilai persahabatan, tapi pakai duit.

Aku faham ada orang yg jadikan photography ni as a passion. Tapi utk sesetengah yang lain, tulah yg nak isi dalam periuk bagi makan anak bini, bagi duit parents semua.”

Pos yang dimuat naik ini viral di Twitter sehingga meraih lebih daripada 1,000 jumlah retweets sejak semalam ia dimuat naik.

Ia bertujuan untuk ‘mengajar’ individu-individu di luar sana untuk faham tentang kerjaya sebagai jurugambar ini yang sering dianggap remeh kerana tidak faham tujuan mereka tetapkan harga sedemikian. Tapi kalau yang hasil tak semengah mana tapi harga yahudi tu lain lah. 

Oh ya! Ni ada lagi satu pesanan Azma untuk korang hadam.

“Oh lagi satu, please respect profession mcm web designer, logo designer etc. Diorg pergi belajar 2-3 tahun, siap ambil kelas beribu ringgit, bukan untuk buat amal jariah sampai korang mintak diskaun macam sogo punya sale. Diorg ada skill yg korang takde, respect.”

Kalau dok sibuk nak minta asah skill tu, apa kata asah lah skill sendiri snap je pakai handphone yang mahal tu kalau kedekut sangat nak keluar duit.

 

Baca : Sama ja gaya tulis” – Didakwa Buat Fake Account Kecam Diri Sendiri Sebab Nak Perhatian, Ini Respon Photographer

Fakeacc10

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.