in

“Husky bukan High Risk” – Tular Pasangan di Bukit Bendera Konon Pakai Gelang Pink ‘HIGH RISK’, Rupanya…

High Risk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial apabila viral gambar yang menunjukkan dua individu memakai gelang pink COVID-19 di Bukit Bendera, Pulau Pinang.


117172027 1640606809450356 8216447878873473878 N

Gambar yang tular itu kemudiannya mendapat perhatian PDRM yang seterusnya membuat siasatan sama ada apa yang ditularkan itu benar atau tidak.

“Kita masih mengesan mereka menggunakan data maklumat yang diperoleh termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup di Bukit Bendera.

“Kita siasat dahulu kesahihannya, jika didapati melanggar syarat kuarantin, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Tuan Soffian Santong.

 

Bukan pakai gelang pink tapi… 

Namun sangkaan orang ramai mengenai kes viral tempoh hari meleset pada hari ini apabila polis memaklumkan bahawa dua individu yang didakwa melanggar syarat kuarantin rupanya bukanlah berstatus pesakit di bawah pengawasan (PUI) COVID 19.

Menurut Harian Metrogelang merah jambu yang mereka pakai adalah dari sebuah kedai haiwan peliharaan dengan tulisan ‘Husky And The Gang’. Laa terkeliru dengan Husky dan High Risk kee??

114485516 10217025142877601 5397034421570444216 N

“Siasatan mendapati, lelaki berusia 21 tahun itu bekerja sebagai operator kilang dan tinggal di Permatang Tengah, Butterworth.

“Sementara, wanita berusia 22 tahun dari Sungai Puyu, Butterworth itu pula bekerja sebagai pembantu kedai dan mereka adalah pasangan kekasih serta tiada rekod jenayah lampau,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong.

Tambah Soffian lagi, pasangan terbabit mendakwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park pada 12.30 tengah hari, 2 Ogos lalu dan dipakaikan tag berwarna merah jambu bertulisan ‘Husky And The Gang’ oleh pekerja kedai terbabit.

Memandangkan pasangan itu ingin ke kedai haiwan itu semula pada sebelah malam, mereka tak menanggalkan gelang terbabit bagi mematuhi syarat ditetapkan premis itu.

“Pasangan itu mengakui mereka adalah individu di dalam foto tular berkenaan serta mengakui tidak pernah ke luar negara.

“Mereka berada di kaunter stesen kereta api Bukit Bendera pada 3 petang hari sama dan menunggu giliran selama satu jam bagi membeli tiket.

“Disebabkan menunggu terlalu lama, mereka mengambil keputusan untuk beredar sebelum ke pusat beli belah Queensbay,” katanya lagi.

Menerusi semakan dengan KKM, pihak polis mendapati nama pasangan tersebut juga tidak ada dalam senarai PUS atau diarahkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Takpelah kalau dah tersilap tu. Itu tandanya rakyat kita sekarang prihatin dan bertanggungjawab.

Baca: “Degil tak boleh buat apa” – Orang Awam Terjumpa ‘Geng Gelang Pink’ Di Luar Rumah, Kali Ni Dekat Bank di Penang!

Maybankkkkkk

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.